Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Lebih Baik Diam

Imej
Dah lama Hawa tak update blog ni... bukan sebab tak ada idea tentang apa yang nak ditulis tapi bila difikirkan dua tiga kali, terasa benda yang hendak dikongsi tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain pun. Teringat akan sebuah hadith yang maksudnya berbunyi, Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya ,  “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir , maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam ”.  Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Maka, kemaafan dipinta jika tiada entri yang banyak seperti dulu kala. Semoga kita sama-sama dapat hayati dan amalkan hadith di atas. Kan kita sama-sama pengikut baginda? Sekian. ------------------- Banyak keluhan tersimpan, tapi sini bukanlah suatu saluran melepas perasaan. Dia berikan ujian bukan untuk membuat diri tertekan, tapi agar Dia menjadi tempat sandaran. Sungguh, tiada jiwa yang dalam kegelisahan, jika hati mengikut jalan kebenaran. Tiada hati yang kesedihan, jika fikiran jauh keha

Ragam Raya

Imej
Sepanjang Ramadan kita dah kawal makan kita, tingkah laku kita... tapi bila saja syawal menjelma, segala jenis juadah terhidang, makan dari pagi ke malam, dari hari pertama, berlarutan ke hari hari seterusnya. Jemputan rumah terbuka tidak dilupa, semuanya pasti dipenuhi. Walaupun diri jauh dari tanah air tercinta, sambutan raya di negara omputih tidak kurang hebatnya. Lebih meriah bersama rakan-rakan, keluarga kedua selepas keluarga di Malaysia. Sedih mungkin seketika, lama-lama tak rasa apa-apa. Dek kerana mood raya, ke hulu ke hilir pakai baju raya, outwear entah ke mana, sejuk-sejuk pun redah aje. Sudahnya, lihat saja akibatnya. Demam selesama, sakit kepala. Batuk-batuk, sakit tekak, kerana pekena juadah raya kaya kalori dan minyak. Kuih raya tidak dilupa, walau berhabuk-habuk, ditelan jua. Ini raya ketiga di bumi Australia, mungkin jua raya terakhir di sini. Segala peluang memori perlu dikumpul, agar banyak modal bercerita tatkala pulang ke Malaysia. Sebelum saya terus terlu

Starting Anew

Imej
I was thinking that I've wrote too much non-sense in this blog and I've been putting it into private blog for a while but I still have a hard feeling about it. So, instead of making a new one, I've reverted all other posts into drafts, thanks to the new blogger interface! Just to let you know, I've also created a new blog to share things that I discover on every basis. Please do visit it~ :D I really hope that you gained something over there, rather than from my lil crappy diary here. myknowledgelogblog.blogspot.com Happy Ramadan to all!