Ragam Raya

Sepanjang Ramadan kita dah kawal makan kita, tingkah laku kita... tapi bila saja syawal menjelma, segala jenis juadah terhidang, makan dari pagi ke malam, dari hari pertama, berlarutan ke hari hari seterusnya. Jemputan rumah terbuka tidak dilupa, semuanya pasti dipenuhi. Walaupun diri jauh dari tanah air tercinta, sambutan raya di negara omputih tidak kurang hebatnya. Lebih meriah bersama rakan-rakan, keluarga kedua selepas keluarga di Malaysia. Sedih mungkin seketika, lama-lama tak rasa apa-apa.

Dek kerana mood raya, ke hulu ke hilir pakai baju raya, outwear entah ke mana, sejuk-sejuk pun redah aje. Sudahnya, lihat saja akibatnya. Demam selesama, sakit kepala. Batuk-batuk, sakit tekak, kerana pekena juadah raya kaya kalori dan minyak. Kuih raya tidak dilupa, walau berhabuk-habuk, ditelan jua.

Ini raya ketiga di bumi Australia, mungkin jua raya terakhir di sini. Segala peluang memori perlu dikumpul, agar banyak modal bercerita tatkala pulang ke Malaysia.

Sebelum saya terus terlupa, biarlah saya ucap Selamat Hari Raya. Buat rakan di alam maya yang rajin ziarah blog saya. Ampun maaf dah tak ada cerita, sampai di sini nukilan saya.

Salam Eid Mubarak, Taqabbal allahu minna wa minkum.
Photobucket

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin