Lebih Baik Diam

Dah lama Hawa tak update blog ni... bukan sebab tak ada idea tentang apa yang nak ditulis tapi bila difikirkan dua tiga kali, terasa benda yang hendak dikongsi tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain pun. Teringat akan sebuah hadith yang maksudnya berbunyi,

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam”. 

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



Maka, kemaafan dipinta jika tiada entri yang banyak seperti dulu kala. Semoga kita sama-sama dapat hayati dan amalkan hadith di atas. Kan kita sama-sama pengikut baginda?

Sekian.

-------------------

Banyak keluhan tersimpan, tapi sini bukanlah suatu saluran melepas perasaan.
Dia berikan ujian bukan untuk membuat diri tertekan, tapi agar Dia menjadi tempat sandaran.
Sungguh, tiada jiwa yang dalam kegelisahan, jika hati mengikut jalan kebenaran.
Tiada hati yang kesedihan, jika fikiran jauh kehadapan.
Tiada apa yang memenatkan, jika kemenangan hakiki yang dikejarkan.
Usaha tangga kejayaan, maka biar untaiannya berterusan.
Ini bukanlah penghabisan, tapi hanya permulaan masa depan.
Tersungkur di permulaan bukanlah satu kegagalan, malah pengajaran untuk suatu kejayaan.
Diri harus dikuatkan, hati perlu dikentalkan.
Tanpa semangat mengarangi dorongan, masakan tubuh dapat digerakkan.
Ayuh, jangan kegundahan masa lalu disemarakkan, kerana ia pembunuh pemikiran.
Bangkitlah terus berjalan, walau langkahmu hanya sejengkal.

P/s: Esok my final paper tuk final semester(insya-Allah). Doakan yang terbaik untuk diri ini, ye? tq, arigatou~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin