Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Ragam Raya

Imej
Sepanjang Ramadan kita dah kawal makan kita, tingkah laku kita... tapi bila saja syawal menjelma, segala jenis juadah terhidang, makan dari pagi ke malam, dari hari pertama, berlarutan ke hari hari seterusnya. Jemputan rumah terbuka tidak dilupa, semuanya pasti dipenuhi. Walaupun diri jauh dari tanah air tercinta, sambutan raya di negara omputih tidak kurang hebatnya. Lebih meriah bersama rakan-rakan, keluarga kedua selepas keluarga di Malaysia. Sedih mungkin seketika, lama-lama tak rasa apa-apa. Dek kerana mood raya, ke hulu ke hilir pakai baju raya, outwear entah ke mana, sejuk-sejuk pun redah aje. Sudahnya, lihat saja akibatnya. Demam selesama, sakit kepala. Batuk-batuk, sakit tekak, kerana pekena juadah raya kaya kalori dan minyak. Kuih raya tidak dilupa, walau berhabuk-habuk, ditelan jua. Ini raya ketiga di bumi Australia, mungkin jua raya terakhir di sini. Segala peluang memori perlu dikumpul, agar banyak modal bercerita tatkala pulang ke Malaysia. Sebelum saya terus terlu