Cabaran

Sejak pulang dari Australia, berulang kali ana dan rakan-rakan diberikan cerita-cerita semangat dan perkongsian susah payah akhawat yang pulang daripada luar negara untuk mengekalkan penglibatan dalam jemaah, dakwah dan tarbiyyah. Walau amalnya hebat ketika belajar di luar negara, itu bukanlah suatu jaminan yang mereka akan kekal di jalan ini. Diriku apatah lagi. Di luar negara pun asyik main tarik tali, mampukah ana untuk terus kekal di sini, menperbaiki diri sendiri dan juga memperbaik persekitaran ana.

Benar, jalan ini tidak akan pernah sunyi dari onak dan duri. Cabaran nya pula tidak sama antara individu. Mujahadah yang berbeza bergantung kepada kemampuan kita. Mana mungkin Allah zalim dengan memberi dugaan di luar kemampuan hambanya?

Ada akhawat yg dicabar dengan 'sekatan' dari keluar rumah. Tapi tidak bermakna akhawat yang mudah keluar beraktiviti tiada dugaannya. Sesungguhnya dugaan kesusahan mudah kelihatan, namun jangan dilupa bahawa nikmat kesenangan juga adalah ujian.

Keluarga sesuatu yang berharga. Itu tidak boleh disangkah tetapi agama Allah dan jalan dakwah itu suatu yang mulia dan tidak ternilai harganya. Hidup kita sekarang ini hanya sementara, demi mengejar saham dunia akhirat yang selamanya. Apalah sangat dugaan yg diterima berbanding ganjaran di syurga sana?

Maka, janganlah kita berputus asa dengan apa yang terbentang di hadapan kita.jadikan ia kayu kayu api dalam menyemarakkan lagi semangat jihad di jalan-Nya.

Wallahualam. Marilah sama -sama berpesan-pesan dengan kesabaran agar terus tsabat,Insyaallah.

Ya Allah, kau kekalkanlah aku dan saudara-saudaraku di jalan mu ini. Amin, ya rabbal alamin

posted from Bloggeroid

Ulasan

Cikgu AL berkata…
amin ya rabbal alamin ;')

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin