Khas sempena hari guru: Saya dan Cikgu sekolah rendah

16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru di Malaysia. Oleh sebab itu, tergeraklah hati ingin mengukir / memaksa ingatan kembali tentang zaman di bawah didikan cikgu-cikgu ku sekalian.

PERHATIAN: Post ini mungkin mencemar duli penama2 sekalian (especially penulis sendiri), tetapi diharap ia menjadi sekadar suatu hiburan dan kenangan indah (walau hakikatnya pahit) untuk dikongsi bersama. Jangan terkecil hati, terbangga, mahupun ternganga membacanya. tq!

Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak (SKTSG)

Guru Kelas
1 Dinamik '97: Pn. Norita
2 Luhur '98: Pn. Noriah
3 Intelek '99: Pn. Faridah
4 Tangkas '00: Pn. Wan Roslina
5 Dinamik '01 : Pn. Nora Nawawi
6 Bestari '02: Pn. Marina

Cikgu - cikgu lain yang meninggalkan kesan
Teacher India (Kamala Devi? xingat sgt namanya tp rupa ingat) ajar English dengan best.kalau dia cakap BM pun terang je.

Cikgu Asiah ajar pendidikan seni darjah 4, dengan style tudungnya yg lain dari yg lain . Teguran yg paling diingati : waktu lukis potret, Warnakan rambut lukisan biar ikut ira yang betul. anak mata pun sama.

Cikgu Noriazan(?? xingat sngt nmnye tpi yg psti mak si Bazli, kwn sekelas), cikgu pengawas yg kurasakan garang - tak berani den nak bersemuka, especially bila kena hantar buku laporan pengawas. oh, dan waktu first time bersemuka kat kelas 6 Segar (bersama beberapa pengawas yg lain) , taktau kenapa gementar sangat. waktu tu my current group leader(xingat sapa), dinaikkan pangkat jadi penolong ketua pengawas kot kalau xsilap. maka, saya pun di-up-kan menjadi ketua kumpulan tu, walaupun waktu tu kurasa macam ada orang lain yg lebih layak (takut nk kena berurusan selalu dengan cikgu ni sebenarnya. haha.

Peristiwa-peristiwa bersejarah dengan cikgu:
First time bergambar dengan cikgu ialah ngan Pn.Faridah, cikgu kelas 3I. Waktu tu hari anugerah kecemerlangan pelajar 1999. My first and last time naik pentas tuk amik hadiah kat sekolah rendah. Lepas tu kena up ke  kelas depan, terus xde peluang dah. (haha. ok, itu dah terpesong arah ceritanya.)

First time tak boleh keluar rehat bila cikgu Matematik, Pn. wan roslina waktu darjah 4 tahan den kat kelas. sebab apa? cz tak hafal sifir. sebelum-sebelum ni den main tipu, derr... tgk jadual sifir belakang buku tulis, tgk dinding tepi kelas yg dicat dgn jadual sifir. ngaha. dapat kat pn.wan roslina, semua kena 'tasmik' sifir depan dia. sapa xpas, xleh rehat. hafal depan dia sampai ingat.

Cikgu Noriah waktu darjah dua selalu bawa kitorg belajar kat taman, kat kelas lain dan lain2 tempat coz our classroom back then was located at the back of teachers canteen and school canteen. Selalu blackout dan panas keterlaluan. kelas pun selalu xde cikgu, xtau kenapa tapi yg pasti selalu je kena marah ngan cikgu2 lain dr tingkap jaring between canteen and our class coz kelas bising sangat.

Suasana bilik darjah ngan Cikgu Nora plak memang sentiasa ceria. susun atur meja selalu bertukar, kelas pink+maroon colour dari meja sampai ke langsir. selalu menang kelas terceria setiap minggu, piala sentiasa kelihatan di meja cikgu. Cikgu Nora mengajar memang best, sampaikan gi tuisyen kat rumah dia pulak malam2 . tpi homework memang gila beb. selalu den terlelap membuatnya. last2, kena denda mcm2. Paling malu, kena berdiri kat koridor (aka gelanggang badminton cz kelas tingkat bawah je) , dan dalam kelas sebelah. dah la berpakaian merah jambu (pengawas), tuptup, kena denda cz xsiap kerja sekolah. malu....malu...

Kisah bersalah gila2 kat cikgu plak adalah dengan Pn.Marina. cam biasa, den xsiap kerja sekolah matematik. biasanya style cikgu ni ialah bincang jawapan sesama dlm kelas, so tukar buku ngan kawan sebelah, tanda sendiri2. den cam biasa, x siap gak haritu. maka, pakat ngan kawan, tak tukar, sambil bincang, sambil tu siapkan mana yg xsiap. ntah camne, terkantoi plak. n bukan den sorang je xsiap. ramai lagi yg lain. then tetiba cikgu yg selalunya baik dan diam itu sentap, angin satu badan , marah2, sampai nangis2. Terus keluar kelas, tak masuk2. esoknya pun sama. merajuk beb. dah la cikgu ni ajar 3 subjek utama. bm, m3, sains. memang tuang habis ar masa. cz subjek xberkaitan dgn upsr cam seni, pjk, etc. cikgu ni takeover tuk extra classes for upsr-related subjects...then ntah camne, tau2, hasil risikan /khabar angin menunjukkan cikgu tu memang dah ada masalah family waktu tu (anaknya ke sapa ntah sakit teruk), dah pulak tu kitorg duk tambah stress dia lagi. last2, kitorg satu kelas buat rombongan merah jambu (byk pengawas beb dalam kelas. yg baju putih can be easily counted) ke rumahnya utk minta ampun dan maaf.

Sekolah Agama Al-Iman, fasa 7 Taman Seri Gombak.

Kejap je belajar kat sini. dari darjah 1 hingga 3. seriously, selain daripada pengalaman2 dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah ni, den xberapa nak ingat ustaz ustazah kat sini. tpi ada satu peristiwa besar yg berlaku di sini. Dulu2 mengaji, kan pakai lidi sate tunjuk2 huruf. Makanya, sementara den menunggu giliran, den pun praktis la. tangan ni plak xleh duk diam. xtaula apa yg den buat. tiba2 terasa yg tangan + lidi ni terasa cam terlanggar sesuatu. tup2, anak ustaz tu (duduk belakang den), mula berteriak. ah sudah. memang cuak. lidi tu dah tercucuk sebelah matanya. fuh, nasib baik sipi2 .kalau tak, boleh buta wooo. dah lepas tu, kalau xsilap, den memang xberani nak bersemuka ngan ustaz tu lagi.

Sekolah Agama Al-Kauthar, Fasa 5 Taman Sri Gombak.
pindah ke sekolah ni waktu darjah 3 cz ia lebih dekat dgn rumah berbanding al-iman di fasa 7 (my home was opposite to fasa 4, kat kaki bukit SMKHC).

Cikgu kesayangan pertamaku ada di sini tpi sekarang dah xde la. ustaz Samad. Yang pasti , dia mengajar khat dan satu subjek lain rasanya. He made me love seni tulis khat, walaupun hanya khat nasakh yg kupelajari di sini. Ada satu time tu, den xingat apa masalahnya, ustaz ni hangin satu badan kat aku. apa lagi. Apabila cikgu kesayangan yg marah, impact nya sgt besar. Sampai meleleh air mata ni. huhu. buat malu depan kawan-kawan je.

Next, ada ustaz Zahrul (iye ke ni namanya? hmmm). ustaz ni nampak garang, mengajar bahasa arab, juga merupakan guru besar sekolah ni. isterinya Ustazah Shamsiah. tak ingat ustazah ni ajar apa, tapi dia banyak incharge budak2 tadika (satu-satunya kelas kat tingkat bawah, kitorg yg lain kat tingkat atas). satu peristiwa dengan pasangan ini yang paling diingati ialah suatu petang yg damai, selepas rehat, den dan beberapa murid perempuan yang lain tak masuk ke surau tuk solat asar disebabkan masalah bulanan pompuan. huhu. Maka, kami pun lepak di kantin yang kedudukannya di hadapan surau dan buat kelas pasal bendalah tu bersama makcik kantin. Lepas tu, semua berkumpul kat kelas bawah dengan Ustazah Shamsiah. Tiba2, ustazah suruh sapa yg lepak kat kantin menyerah diri dan berdiri depan kelas. Kitorg kena marah la depan semua. pelik jugak la kenapa ustazah marah, rupanya cz ustaz mengadu yg dia dengar semua perbincangan hangat kitorg waktu tu dari dalam surau dan ia mengganggu orang yg nak solat. Lepas daripada itu, sesiapapun yg uzur, tetap perlu masuk surau and ada ustazah yang akan memerhati.

end of cerita den and cikgu sekolah rendah.

up next: den and cikgu sekolah menengah

ps. den dah start tulis ni since 16 mei tapi lambat betul nak siapkan. payah betul menulis panjang kat phone ni

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin