OMAKANE



Source: http://omakane.com/

HAaaa... Korang pernah tak nampak bendalah di atas ni? Kalau nak tau, inilah sosej segera, siap dimasak boleh terus di-ngap!

Saya bukanlah selalu nak buat iklan tak berbayar ni... tapi produk di atas sangat menarik perhatian saya. Kenapa? Jom ikuti penjelasannya seperti di bawah...:



1. Nama produk yang menarik dan double-triple meaning:

O-MA-KA-NE - Sekali baca, saya memang pasti bahawa produk ini merupakan produk Jepun, berdasarkan namanya. Apabila diteliti, ia mempunyai tanda HALAL Malaysia dan pengesahan daripada Jabatan Veterinar Malaysia. Saya pun menjadi pelik. Saya teliti pula kilang pembuatannya. Sah, ia buatan Malaysia.

Maka, saya berasa amat pelik, memikirkan asbab nama produk Malaysia yang tidak seperti nama Malaysia. Setelah difikirkan, saya berpuas hati dengan sebab sementara yang dapat saya fikirkan pada masa itu, iaitu:
"O-Makan-E", yang mungkin ajak orang makan produk ini, "Oiii, Jom Makan ni, eyhhh!" (Ayah saya orang Johor, maka ek eyk kat belakang ayat tu perkara biasa)

Namun, setelah menyelam di laut dalam menggunakan Google, maka saya temui fakta bahawa produk ini adalah hasil usahasama syarikat Malaysia, OMCORP Sdn.Bhd dan syarikat Jepun, Hayahikane Sangyo Co.Ltd. So, this product might be just the combination of names from those two companies, which is OMA- from OM-corp (pls note that in Japanese Language, the letter 'M' cannot stands alone at the end of syllable, so it become MA), and KANE comes from Hayahi-KANE.  Huh, tidak salah lagi sangkaan saya bahawa penamaan produk ini ada kaitan dengan Jepun, kan?!

Maksud tersembunyi yang mungkin tak dirancang oleh pihak pengeluar pula ialah O-MAKANE, something yang ore kelate mungkin sebut bila dia tengok produk ni, "Oh, Makane ..." (Oh, makanan...)

Berbalik kepada keistimewaan produk ni yang menarik minat saya.

2. Boleh disimpan di suhu bilik

Sama seperti snek keropok dan gula-gula, ia tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Jadi, sekiranya anda ingin berkelah, camping, hiking, dan melakukan aktiviti outdoors lain yang memerlukan bekalan makanan segera, produk ini merupakan produk yang terbaik. Tak perlu nak cari/masak air panas tuk masak maggi, boleh makan dengan roti, taklah jemu makan sardin tin je, tahan lama etc.

3. Sebagai seorang saintis tak jadi, ini merupakan inovasi dalam bidang pemakanan yang sangat praktikal dan boleh diperkembangkan lagi untuk kemudahan warga dunia yang semakin malas nak ke dapur

OK, sekian saja laporan saya terhadap keistimewaan OMAKANE yang menarik minat saya.

Kalau kalian nak mencuba, saya tak boleh nak bagitau kat mana produk ini boleh dijumpai selain daripada TESCO Extra Kajang sbb saya pun jumpa produk ini di situ sahaja setakat ini.
Bab rasa, saya tak dapat nak jamin / tolong komen sebab saya belum ada keperluan tuk habiskan ~RM2++ tuk 1pcs sosej segera seperti ini yang sekali dua ngap dah habis, tak puas dimakan.

Mungkin boleh juga kalian ke website http://omakane.com/ tuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk menarik ini.


------------
Saya sepatutnya buat sedikit background research tuk interview esok tapi I ended up sharing this. But well, it's okay, sharing is caring and I am satisfied that I'm able to deliver my opinions to the world even though I know this article has a chance of not being read by anyone, anyways. K bye.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin