Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Graduasi, Kebab, dan Malaysia

Imej
Alhamdulillah, ana diberi kesempatan untuk kembali menulis. Kehidupan ana buat sepanjang dua bulan yang lalu penuh dengan peristiwa-peristiwa dan aktiviti yang memenuhkan masa. Mudah-mudahan masa yang dilaburkan merupakan pelaburan yang bermanfaat, insyaAllah. 3 Disember 2012 Detik mencemaskan. Keputusan peperiksaan akhir semester 2/2012, iaitu semester akhir pengajian ana diumumkan. Alhamdulillah, lepas semuanya walaupun ada beberapa subjek yang amat merisaukan ana sepanjang semester. Memang syukur sangat. 13 Disember 2012 Hari yang dinanti. Majlis graduasi untuk School of Biology, Medicine and Environment . Sesi pagi. Berjalan kaki seawal 8.30 pagi dengan berbaju kurung putih dan membimbit beg kertas berisi baju graduasi beserta kamera menghala ke Llewellyn Hall, School of Music, ANU. Ditempatkan di kerusi C1 -- kerusi pertama, barisan paling hadapan untuk graduan. "Chancellor, I present to you, from School of Biology, Medicine and Environment, Bachelor of Biotechnol