Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Perancangan 5 tahun

"Apa yang akan saya lakukan dalam linkungan lima tahun yang akan datang?" Itulah tugasan yang diberikan oleh naqibah ana sebagai permulaan usrah minggu lepas. Ana terkesima sebentar. Beberapa minggu sebelumnya ada seorang akhawat yang bercerita pengalaman temuduganya dan dia disoal, "Bagaimana anda lihat diri anda pada 5 tahun akan datang?". Tidak pula ana sangka persoalan yang lebih kurang sama akan dijadikan tugasan di dalam usrah ana. Secara jujurnya, ana tidak dapat lihat diri ana pada masa akan datang. Malah, perancangan seperti ini tidak pernah ana lakukan, terutamanya apabila ia melibatkan perancangan secara teliti untuk setiap tindakan besar yang ingin diambil. Ana fikir, jika ana disoal pertanyaan yang sama ketika ana di bangku sekolah, pasti ana mudah menjawabnya. "8A PMR, 10A SPM, pergi tuisyen, jadi pengerusi kelab itu, persatuan ini etc." Tetapi malangnya, ana kini di persimpangan kehidupan antara belajar dan bekerja dan ana mengalami masala

Cabaran

Sejak pulang dari Australia, berulang kali ana dan rakan-rakan diberikan cerita-cerita semangat dan perkongsian susah payah akhawat yang pulang daripada luar negara untuk mengekalkan penglibatan dalam jemaah, dakwah dan tarbiyyah. Walau amalnya hebat ketika belajar di luar negara, itu bukanlah suatu jaminan yang mereka akan kekal di jalan ini. Diriku apatah lagi. Di luar negara pun asyik main tarik tali, mampukah ana untuk terus kekal di sini, menperbaiki diri sendiri dan juga memperbaik persekitaran ana. Benar, jalan ini tidak akan pernah sunyi dari onak dan duri. Cabaran nya pula tidak sama antara individu. Mujahadah yang berbeza bergantung kepada kemampuan kita. Mana mungkin Allah zalim dengan memberi dugaan di luar kemampuan hambanya? Ada akhawat yg dicabar dengan 'sekatan' dari keluar rumah. Tapi tidak bermakna akhawat yang mudah keluar beraktiviti tiada dugaannya. Sesungguhnya dugaan kesusahan mudah kelihatan, namun jangan dilupa bahawa nikmat kesenangan juga adalah