Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Kerna tiada cinta sehebat cinta-Nya...

Imej
Sila ke website ehati.com seperti digambar utk mengalami transformasi hati ~

Anecdotes...

"Kenapa anda masih kekal dalam tarbiyah?" Waktu sesi pembentangan, giliranku, tidak mampu kuperincikan dengan keterbatasan waktu yang diberikan. Mulut bukannya terkunci tapi terbelit lidahku , menyatakan yang di permukaan sahaja. Biarlah aku sambung ceritaku di sini. (numbering does not represent the importance / order of the event) # "Hawa kan dah besar, takkan la nak manja lagi," straight-forward, face-2-face. Dari ukhti senior, bukan naqibahku, tapi dia ukhti yang sering kudampingi ketika keberadaanku melancong ke tempatnya. Betapa sepanjang permulaan perkenalan dengannya, aku dilayan dengan sangat mesra, namun bila perhatian yang sama cuba didampa beberapa lama kemudiannya, jawapan di atas yang diberi. Tertampar muka. Lama kufikirkan maksudnya. Semoga benarlah tafsiran dan langkah seterusnya yang telah kuambil. # warkah cinta dari ukhti senior, lain negeri, yang tidak kufikir bahawa dia akan memikirkan tentang diriku. Malah pertemuan kami hanya beberapa kali