Baju sukan sekolah

Hari ini aku melihat seorang pelajar sekolah Hillcrest memakai pakaian tshirt sukan sekolah. Biru, dasarnya. Hitam coraknya. Lencana sekolah di dada kirinya.

Aku terpesona
Alangkah cantik rekaannya
Gelap dan tidak poros kainnya
Selesa bersukan kerana resapannya
Tiada kegusaran akan tayangan percuma

Namun aku berharap rekaan muslimah untuk pelajar sekolahku yang tercinta itu turut dijual. Agar tiada kes tayangan pecah punggung ketika mereka aktif melompat dan mengangkat tangan. Demi kemaslahatan bersama.

Wallahualam


Pssst : once Hillcrest-ian, forever Hillcrest-ian. Ini wilayah Hillcrest.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin