Hard worker Vs genius worker

Dalam dunia ni tidak dapat dinafikan bahawa orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya, jikalau dibandingkan dengan orang yang sangat pandai dalam sesuatu perkara tapi tidak berminat untuk berusaha.

Seperti dalam dongeng si arnab dan si kura-kura. Arnab yang merasa diri sudah hebat, tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Natijah nya, kura-kura yang menjadi juara.

Dalam skop diriku sekarang, aku dapati yang diri ini sangat mudah menerima sesuatu yang baru, tetapi tidak mempunyai daya tolak untuk menjayakan perkara itu. Berlainan pula dengan rakan sekerja yang mengambil masa untuk mendalami sesuatu tetapi perjalanannya berterusan, walaupun sedikit demi sedikit.

Apa yang boleh dibuat untuk menaikkan semangat?

Hurm, untuk "kura-kura " di luar sana, usah kau cemburui si "arnab" kerana si arnab juga punya cabaran tersendiri,iaitu
Cabaran untuk beramal dengan ilmu, cabaran untuk bersyukur dengan kelebihan yang ada.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin