Perak negeri bersejarah

Semalam aku bersama dua orang akhawat yang lain telah selamat pergi ke kampung Malau di Gerik, Perak.

Bagi diriku sendiri, ini merupakan kali ke-2 aku memandu ke Perak tanpa ditemani ahli keluarga. Kedua-duanya merupakan perjalanan bagi memenuhi jemputan walimatulurus teman serumah - Afina, teman serumah ketika di Akasia 6/208 , dan Kak basyirah, ketua Baitul Fikrah kami di Gombak.

Lebih menguatkan memori, kedua-dua majlis yang aku hadiri merupakan majlis menyambut menantu di sebelah lelaki. Cuaca juga sama. Redup dalam perjalanan pergi, terik di tengah hari, dan hujan ketika perjalanan pulang.

Kebetulan, kan?

Namun itu hanyalah sejarah diriku. Sejarah yang mungkin hanya penting dalam biografi diriku suatu ketika nanti. Mungkin juga untuk diriku ketika aku tidak lagi mampu mengingati memori-memori indahku bersama sahabat dan akhawat tercinta.

Perak negeri bersejarah yang ingin aku ceritakan di sini sebenarnya terinspirasi daripada perjalanan kami dari Kuala Kangsar ke Gerik. Sepanjang perjalanan tersebut aku melihat bahawa Perak memiliki pelbagai tempat bersejarah yang menarik.

Antara tempat yang menarik perhatian termasuklah galeri arkeologi dan tapak pra-sejarah. Ini sangat berkait rapat dengan lambakan gua yang kini menjadi tumpuan peminat aktiviti lasak. Tanah di kiri dan kanan lebuhraya juga dipenuhi pokok rhu dan pokok kelapa. Setahu saya, kebiasaannya pokok-pokok tersebut tumbuh biak di kawasan pesisiran pantai yang berpasir. Apakah yang berlaku pada kawasan itu suatu masa dahulu?

Pelbagai persoalan timbul, rasa ingin kembali melawat dan menjelajah membuak. Apakah sejarah yang boleh dipelajari di negeri itu?

Nampaknya my travel wishlist needs to be updated. ^ω^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin