Saya sayangkan gadis k-Pop lebih daripada ....



Rentetan peristiwa gadis-gadis peminat kumpulan k-pop yang tak berapa nak terkenal (dalam pandangan saya la, sebab nama kumpulan tersebut tak pernah saya dengari ) dipeluk artis pujaan mereka dalam satu sesi ramah-mesra bersama peminat di Malaysia, pada 10 Januari yang lepas (huh, da seminggu, masih hot?), pelbagai reaksi diterima dari seluruh pelusuk Malaysia, malah mendapat liputan hebat di laman-laman sesawang yang berkaitan dengan dunia "hallyu" a.k.a dunia kpop.

Sentapan yang hebat pastinya datang daripada pihak ahli keluarga semuslim kita (seluruh umat islam bersaudara, no?). Mesej yang disampaikan termasuklah ajakan untuk bertaubat dan gesaan untuk meninggalkan dunia hiburan k-Pop.

Namun begitu, seperti kata pepatah, "siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya". Oleh sebab itulah pelbagai komen balas yang membela gadis-gadis k-Pop itu memenuhi ruang-ruang maya.
Antara komen hebat yang diterima termasuklah komen-komen yang berunsur perbandingan dan berbunyi seperti,
"dalam cerita-cerita melayu artis-artis berpegangan tangan, peluk cium di ranjang, tak pe plak?"
"Datin *kontroversi* peluk atlet *femes* takde plak nak kecoh?"

Ha! Ha! Siapa kata yang lain tu BOLEH? Bukan ke kita semua dah belajar dalam subjek Pendidikan Islam sejak kecil lagi bahawa benda-benda tu semua HARAM, belaka? Eh, Come-on, lah!

Tak ditegur bukannya bermaksud benda tu dibolehkan.

Dalam kes ni, saya kekal bersama golongan yang mahukan gadis-gadis k-Pop tu untuk kembali ke jalan yang benar. Oleh sebab itulah saya nak tolong jawab (bagi pihak diri sendiri) kepada persoalan mengenai isu kenapa hanya gadis k-pop yang ditegur, dan bukannya artis-artis dan datin-datin yang sedia ada.

SAYA SAYANGKAN GADIS-GADIS K-POP LEBIH DARIPADA SAYA SAYANGKAN ARTIS-ARTIS MELAYU TANAH AIR, MAHUPUN DATIN *KONTROVERSI* .

Bila ditegur, dengan harapan supaya mereka dapat berubah, mohon kemaafan daripada Allah, berazam tak buat lagi. Bukankah hamba yang bertaubat itu lebih disayangi oleh Allah? Malah, saya jeles dengan gadis-gadis k-Pop ini sebab sangat ramai yang inginkan kebaikan bagi pihak mereka, walaupun "kubur masing-masing".

Oh, anyway, pernah tak korang dengar pasal konsep istidraj? Konsep Allah memberikan kenikmatan kepada hamba-hamba yang membuat maksiat, agar mereka lalai dengan maksiat dan kenikmatan yang diterima.

Dalam peristiwa ni, saya yakin bahawa ini ialah teguran Allah secara terus yang tidak ingin membenarkan gadis-gadis k-Pop ini untuk berterusan bergelumang dalam kenikmatan dunia yang bakal menyebabkan mereka dicampakkan ke neraka. Kepada mereka yang tak ditegur secara direct pula, mungkinkah Allah mahukan ia terusan seperti itu ataupun ianya berupa teguran secara tidak langsung kepada mereka?

Wallahualam, nauzubillahminzalik.


*ini adalah pandangan saya, tiada kaitan dengan mana-mana organisasi berkanun atau tidak berkanun, syarikat berdaftar ataupun tidak.. It is my freedom of speech. you have problem with it?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin