Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Baju sukan sekolah

Hari ini aku melihat seorang pelajar sekolah Hillcrest memakai pakaian tshirt sukan sekolah. Biru, dasarnya. Hitam coraknya. Lencana sekolah di dada kirinya. Aku terpesona Alangkah cantik rekaannya Gelap dan tidak poros kainnya Selesa bersukan kerana resapannya Tiada kegusaran akan tayangan percuma Namun aku berharap rekaan muslimah untuk pelajar sekolahku yang tercinta itu turut dijual. Agar tiada kes tayangan pecah punggung ketika mereka aktif melompat dan mengangkat tangan. Demi kemaslahatan bersama. Wallahualam Pssst : once Hillcrest-ian, forever Hillcrest-ian. Ini wilayah Hillcrest.

Perak negeri bersejarah

Semalam aku bersama dua orang akhawat yang lain telah selamat pergi ke kampung Malau di Gerik, Perak. Bagi diriku sendiri, ini merupakan kali ke-2 aku memandu ke Perak tanpa ditemani ahli keluarga. Kedua-duanya merupakan perjalanan bagi memenuhi jemputan walimatulurus teman serumah - Afina, teman serumah ketika di Akasia 6/208 , dan Kak basyirah, ketua Baitul Fikrah kami di Gombak. Lebih menguatkan memori, kedua-dua majlis yang aku hadiri merupakan majlis menyambut menantu di sebelah lelaki. Cuaca juga sama. Redup dalam perjalanan pergi, terik di tengah hari, dan hujan ketika perjalanan pulang. Kebetulan, kan? Namun itu hanyalah sejarah diriku. Sejarah yang mungkin hanya penting dalam biografi diriku suatu ketika nanti. Mungkin juga untuk diriku ketika aku tidak lagi mampu mengingati memori-memori indahku bersama sahabat dan akhawat tercinta. Perak negeri bersejarah yang ingin aku ceritakan di sini sebenarnya terinspirasi daripada perjalanan kami dari Kuala Kangsar ke Gerik.

Bila malu terbang hilang

Bila malu terbang hilang, berbaju gelap kulitnya nampak, Bentuknya nyata walau berdiri tegak, Berhijab atas bawahnya diselak, Tutupnya sempurna gelak pula tak beragak Disapa ibu engkau tempelak, Dipeluk ajnabi tidak kau elak, Dikejar pula yang tidak kau layak, Dimanakah kamu di masa depan kelak? Duhai sayangku, Jika malu mu kau gadai Jangan menangis tika kau dah terkulai Bukanlah kami akan mengabai Tapi beringatlah sebelum dilanda badai

Hard worker Vs genius worker

Dalam dunia ni tidak dapat dinafikan bahawa orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya, jikalau dibandingkan dengan orang yang sangat pandai dalam sesuatu perkara tapi tidak berminat untuk berusaha. Seperti dalam dongeng si arnab dan si kura-kura. Arnab yang merasa diri sudah hebat, tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Natijah nya, kura-kura yang menjadi juara. Dalam skop diriku sekarang, aku dapati yang diri ini sangat mudah menerima sesuatu yang baru, tetapi tidak mempunyai daya tolak untuk menjayakan perkara itu. Berlainan pula dengan rakan sekerja yang mengambil masa untuk mendalami sesuatu tetapi perjalanannya berterusan, walaupun sedikit demi sedikit. Apa yang boleh dibuat untuk menaikkan semangat? Hurm, untuk "kura-kura " di luar sana, usah kau cemburui si "arnab" kerana si arnab juga punya cabaran tersendiri,iaitu Cabaran untuk beramal dengan ilmu, cabaran untuk bersyukur dengan kelebihan yang ada.

Travel & Tour Wishlist

1. Makkah : Hajj before 50 years old or die (whichever sooner) 2. Madinah - really want to try and have a feel of "hijrah" . WALKING from makkah to madinah, while have a look at at-thur, stop at kuba' mosque, visiting Masjid nabawi, etc etc 3. Palestine - of course I would love to visit Masjidil aqsa, or do volunteering works and /or media coverage at Gaza 4. Turki - Istanbul. Because umrah tour packages always have this as an extra. Anyway, I wanna eat original gozleme and Turkish pide 5. France , and around Europe (mainly London) - Wanna experience "Nodame" time, imagining myself at platform 9 3/4, going to "leaky couldron" and taste various kind of sweets like ichigo and friends. Also, France has strong Islamic heritage element as well, despite the rising islamophobia ("thanks" to Charlie Hebdo). definitely wanted to explore it. 6. Niagara Falls and surrounding - nature photography adventure 7. ASEAN countries - feeling at ho

Saya sayangkan gadis k-Pop lebih daripada ....

Imej
Rentetan peristiwa gadis-gadis peminat kumpulan k-pop yang tak berapa nak terkenal (dalam pandangan saya la, sebab nama kumpulan tersebut tak pernah saya dengari ) dipeluk artis pujaan mereka dalam satu sesi ramah-mesra bersama peminat di Malaysia, pada 10 Januari yang lepas (huh, da seminggu, masih hot?), pelbagai reaksi diterima dari seluruh pelusuk Malaysia, malah mendapat liputan hebat di laman-laman sesawang yang berkaitan dengan dunia "hallyu" a.k.a dunia kpop. Sentapan yang hebat pastinya datang daripada pihak ahli keluarga semuslim kita (seluruh umat islam bersaudara, no?). Mesej yang disampaikan termasuklah ajakan untuk bertaubat dan gesaan untuk meninggalkan dunia hiburan k-Pop. Namun begitu, seperti kata pepatah, "siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya". Oleh sebab itulah pelbagai komen balas yang membela gadis-gadis k-Pop itu memenuhi ruang-ruang maya. Antara komen hebat yang diterima termasuklah komen-komen yang berunsur perbandingan

Wishlist

People said that we need to write down our target so that somehow we will work to achieve it. So I guess the concept will apply to Wishlist as well. So here's mine, target to get them all by 2020 (my own wawasan 2020 : material objective version) 1. Own a new car (at least paid the down payment at 30% minimum) (RM60,000) 2. Nikkor AF-S DX prime lens for d5000 (RM 900) - been wanting potret lens since long ago. 35 mm with F1.8 should be good enough.   Got 50mm with F1.8, instead 3. My own mini library (at least a full 6-compartment shelf, with books of different genre-religion, science, business, languages, arts, photography, law) (RM100 shelf, min RM2000 books) - maybe I need to have specific wishlist for the books. Huhu. I never thought books could be pricey. * started buying books but not really read them; as expected . Cost to-date : Probably worth RM500 - exclude my Tafsir Zilal set* 4. Tripod (RM100) - mine broken since last year. 5. 10inch tab/tablet (RM1000) - ea