Hati Pesakit

Aku selalu diberitahu bahawa hati seorang pesakit itu sangat sensitif. Sebagai seorang yang sentiasa dilabel "tiada perasaan", aku selalu menganggap bahawa perasaan sensitif itu merupakan hal yang kecil sahaja. namun perkara itu berubah bilamana aku sendiri kini menjadi seorang pesakit barah secara rasminya. tidak dapat dinafikan, segala perkara kecil boleh menjadi besar.

apabila aku mengkhabarkan berita ini kepada sahabat yang terdekat,
kebanyakan respons yang aku terima adalah seolah-olah aku akan meninggal tidak lama lagi dan pelbagai kesengsaraan yang aku alami. memandangkan pada ketika itu aku tidak terlalu sakit, bila aku dilemparkan dengan respons, "kasihan", "kesian", tetiba dekat hati terasa bagai diri dipandang dengan penuh simpati. bagaikan diri ini at the end of the world and their life is so much better than me. justeru, bibit perasaan menyampah beserta perasan tercabar yang membuak-buak.

"this is nothing."
"dont symphatize me."
"my world is not gonna end, yet"
"i'm not that weak"
"please dont talk about this cancer like it's a cancer"
"i'm not telling you to get this response"

betapa aku ingin nyatakan reply seperti di atas tetapi aku takut rakan-rakanku akan terasa. Aku tahu mereka hanya mahu menyatakan keprihatinan mereka. Aku tidak sepatutnya terasa dengan kata-kata mereka. oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk memberitahu sebahagian kecil sahaja sahabat mengenai penyakitku ini.

Hati ini, mungkin kerana ia telah berubah menjadi mode hati pesakit, sangat mudah terasa. logik akal tidak lagi berfungsi sebaiknya. pada ketika itu, langkah menjaga hati ini menjadi keutamaan. Bilamana orang yang diharapkan untuk menunjukkan perhatian tidak memberikan perhatian yang diharapkan, hati akan menjadi sangat sakit. defence mechanism? crush that trust. crush that hope. Dont tell them anything.

Logik hati pesakit.

no man to trust. to Allah only we cry.

That's simply how i live after the news, before the surgery.

tapi hati pesakit ini sangat berterima kasih dengan kata-kata semangat yang diberikan. kadang hadirnya ia daripada mereka yang tidak disangka-sangka. Mengalir air mata saat mendengarnya. Terharu diberikan kata-kata seperti itu bercampur sebak kerana ia tidak datang daripada mereka yang kuharapkan.

"Are you okay?"
"You are strong"
"You can go through this"
"We are here to support you"
"Just take leave if you needed it"
"Nothing is more important than your health"
"Allah is with you"
"Let us know if you need anything"

Orang kata, apabila kita sakit, kita boleh kenal siapa yang care akan diri kita, siapa yang hanya manis di bibir sahaja.

Hati pesakit ini, mungkin sensitif kerana terlihat realiti yang selama ini tidak seperti disangka. mungkin juga hanya bisikan syaitan yang cuba menggoyahkan ukhuwwah yang ada.

Hati ini tidak mahu meluahkan segala ini di sini, tetapi jari-jemari menaip agar orang ramai tahu, benar, hati pesakit itu sensitif dan rapuh. emosinya tidak menentu. bagaikan fragile items yang perlu di handle with care.

Beware jika anda berhadapan dengan pesakit

Be extra ware jika anda orang kesayangan si pesakit

Hati pesakit tidak akan melupakan kebaikan yang dihulurkan walaupun sedikit. Sebegitu juga, hati pesakit tidak mampu untuk melupakan ketergurisan hati di atas perbuatan insan² sekeliling walaupun atas sekecil-kecil perkara.

Maafkan hati si pesakit ini.
posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin