Aku, Touch n Go dan KTM

Hari ini merupakan pagi yang indah buatku. Aku berjaya bangun tanpa rasa grumpy yang teruk, kerana semalam berjaya melelapkan diri pada sekitar jam 2 pagi. Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu betapa aku rasa nak campak sahaja handphone aku di subuh hari disebabkan bunyi penggera dan skrin yang tak sensitif walau sudah berkali-kali aku slide skrinnya. Syukur juga ada sahabat yang membantu mengejutkanku.

Permulaan pagi yang baik disusuli dengan perjalanan ke KTM yang kurasa sungguh menenangkan, walaupun kereta agak banyak hari ini. Siap singgah beli sarapan, lagi.

Namun begitu, saat aku menyentuh kad touch n go aku ke pengimbas di KTM Batu Caves dan bersedia untuk turun ke platform, aku mendapati mesej "...penalti..." tertera di pengimbas. Ok, biasanya memang aku tak tengok skrin pengimbas tu sangat sebab aku memang sentiasa yakin dan pasti kad aku ada kredit. Maka, apabila mesej seperti itu tertera, aku tahu apa yang berlaku.

Aku terbawa-bawa kerianganku sehinggakan aku terimbas kad pada pengimbas "keluar", dan bukannya pengimbas "masuk".

memang perosak mood.

ting tong ting tong dengan pegawai yang ada....

pegawai 1 suruh aku touch je balik kat pengimbas masuk. Baki menunjukkan RM13+

Nak menangis. aku rasa baki semalam ada dalam RM40+.

Pergi kepada pegawai 2 di kaunter. Dia buat apa ntah, then dia kata tak boleh refund. kena pergi kaunter touch n Go di KL sentral untul refund..

Ok, sabar. Pergi balik pada pegawai 1, tanya patut ke aku touch balik pd pengimbas masuk. Dia angguk.

Aku imbas. mesej yang keluar, "Insufficient Balance"

Nak menangis lagi. Duit kena tolak lagi.

Pegawai 1 bawa kad masuk kaunter. Entah buat apa lagi.

Kemudian pegawai 2 akhirnya kata, "Entahlah kenapa dia deduct lagi. Beli tiket aje lah. nanti refund di KL Sentral"

Dengan pasrah aku keluarkan duit beli tiket.

Tiket cash Batu Caves-KL Sentral = RM 2.60

Kalau pakai TnG , RM 2.30 je. Dengan kes hari ini, rasanya dekat RM40 aku dah burn. Satu yang aku syukur bila kad TnG zing aku ni tak autoreload di pengimbas KTM. Else, makin kopak aku.


Turun tangga ke platform, tiba-tiba emosi teramat, memang betul-betul air mata mengalir. So silly. Sendiri yang berangan dan buat silap.

Untuk menenangkan diri, aku Try google gambar orang menangis sebab nak luahkan kat Instagram, terjumpa banyak sangat gambar wanita dan anak kecil menangis kerana peperangan. terus air mata tersekat. Ujian diri ini tak seberat mana.

P/s: patutkah aku direct ke hub touch n go ataupun terus go masuk office sebab aku dah terlewat dah ni dan uruskan perihal refund itu waktu lunch aje nanti?

Biarkan aku melayan perasaan sebentar dan decide on the whim pabila aku tiba di destinasiku nanti.


additional notes: aku rasa kalau orang tanya bagaimana kehidupan dengan thyroid disorders, aku nak jawab, "bagaikan berada dalam keadaan PMS setiap hari"

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin