Bye insomnia~

Ingatkah lagi kisah diri ini yang mengalami masalah tidur malam tapi keputusan level hormon thyroid normal?

Dengan mengikut pengalaman warga Fb page "Thyroid Cancer Survivor", random thyroid discussion thread di alam maya, dan nasihat housemates yang berkhidmat sebagai pegawai farmasi, saya telah pun mengubah pengambilan levothyroxine kepada waktu tengah malam, sebelum tidur.

hasilnya? Alhamdulillah, tiada lagi moment tidur pukul 3-4 pagi. pukul 10.48 pm macam sekarang pun dah mula mengantuk.

the only struggle with this new routine is to make sure i have dinner before 9pm (max). Sebab apa? sebab ubat mesti dimakan ketika perut kosong. biasanya minima 2 jam selepas makan - selepas semua makanan dah dihadam. memandangkan pukul 11 lebih dah nak tidur, maka mestilah makan ubat sebelum itu, ye tak?

apapun, ini adalah pemangkin untuk diri ini lebih berdisiplin tidak makan lewat malam yang sudah tentunya tidak bagus untuk kesihatan.

p/s: starting next week kena puasa levothyroxine ni selama sebulan...jadinya mari tunggu dan lihat perubahan di pusingan seterusnya

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin