Fokus kepada penyembuhan

Sejak selepas operation thyroid, aku meningkatkan lagi usaha mencari rujukan / support group untuk kes-kes seperti aku.

Untuk itu, aku berjaya menjumpai beberapa blog dan facebook page yang berkenaan. Antara yang menarik dan selalu dikemaskini ialah "Thyroid Nation" dan "Thyroid Cancer Survivors". Walau bagaimanapun, kedua²nya adalah US-based. Aku bukannya nak racists atau memilih, tetapi kadang² isinya agak /off/ sikit daripada jiwa ini. Namun begitu, akhirnya aku terserempak dengan blog milik K.Pah @ Sharifah (orang Malaysia) yang turut mengalami masalah thyroid. Daripada blog, wujud pula closed group FB bernama "TIROID DAN ANDA" untuk pesakit-pesakit yang sedang / pernah mengalami masalah tiroid - hipo / hyper / kanser / apa² yang berkaitan.

Sejak bersama² group tersebut, banyak perkara dan keraguan mengenai penyakit yang dialami dapat dirungkai. Malah, aku tidak rasa bersalah apabila simptom² menjelma. A short shoutout and others will give feedbacks... kadang² dapat menjawab soalan kita... kadang² sama² saling tertanya-tanya dan mengiyakan. Ramai lagi di luar sana yang alami perkara sama. Aku bukan keseorangan.

Tapi kadang-kadang, ada juga masa yang aku tidak mahu ceritakan kepada group tersebut kerana terasa ia terlalu trivial, walhal ramai lagi yang kondisinya lebih teruk.

Di saat itu, aku ambil jalan bercerita dengan sahabat, yang setakat ini tidak pernah komplen sekali pun bosan mendengar (membaca) ngomelanku - berisi mahupun tidak - sejak saat pertama kami berkenalan. Bagaikan benar dengan namaku, segala tekanan bagaikan hilang apabila aku menceritakannya kepada orang lain. Perkara ini sangatlah memberikan kekuatan kepadaku untuk terus positif mengorak langkah ke hadapan.

Tetapi, baru-baru ini, aku diberikan suatu pesanan daripada seseorang, "jangan risau, semua orang sayangkan hawa. fokus pada penyembuhan sahaja buat masa ini."

Pelbagai perasaan berbaur bila membaca pesanan tersebut. Sedih, terharu, gembira, semua bercampur-aduk. /I just don't know why/. Dan pesanan itu bagaikan terngiang² kat telinga sepanjang masa...

Namun, tidak dapat tidak, aku terfikir, apakah langkah yang wajar sebagai tindakan untuk "fokus kepada penyembuhan"? Is there anything else that I could do besides following the routine check with doctors, going for scheduled treatments, and adhering to medicinal consumption routine?

Pernah juga aku dinasihatkan oleh ibuku agar mengurangkan aktiviti-aktiviti sampinganku... adakah ini ada kaitan dengan "fokus" yang dimaksudkan di atas?

Setelah bergelumang dengan pelbagai group/pages yang nyatakan, mendapat sokongan daripada para sahabat dan keluarga, serta patuh kepada semua rutin ubat, rawatan dan pemeriksaan, aku rasa aku harus move on dengan kehidupan, meskipun payah. Ia tidak lagi seperti sebelum ini, tetapi ia tidak bermakna aku tiada upaya untuk melaksanakan perkara² lain yang telah diamanahkan kepadaku.

Jika paralympians negara mampu menjadi luar biasa dengan memenangi 3 pingat emas dalam Olympic Rio, mengapa aku tidak?

Bagiku "fokus penyembuhan" tanpa melakukan tugasan harian lain bukanlah suatu langkah tepat buat pesakit tiroid. Apa yang penting bagi pesakit tiroid ialah untuk menyesuaikan diri dengan norma² yang baru. Oleh sebab itu, lebih awal diri melibatkan diri dengan rutin harian biasa yang lain, maka lebih awallah kehidupan "normal" yang baru dapat diwujudkan.

Ok, I rest my case. Here's some random photos of mine during this Eid celebration with the kiddos






posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin