Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin

Salam... Saja nak share info untuk yang nak datang HKL untuk RAI:

- Bangunan Radiologi & Onkologi ni sebelah parking bertingkat HKL



- Parking bertingkat ni boleh guna Touch N Go card, so tak perlu risau daily payment. Rate dia nanti saya jelingkan on the way balik, esok.



- Datang awal pagi, kul 7.30pg klinik Nuklear dah dibuka. Saya sampai dalam kul 8.30pg, kul 11 camtu baru settle jumpa doktor dan dibawa ke wad iodin



- Sila bawa kesemua ubat²an anda. Doktor akan tanya ubat apa yang kita makan, dan dia akan bagitahu apa yg perlu kita ambil / tidak waktu isolasi.



- Waktu mendaftar pagi tu... beg letak je dalam kereta dulu. Dah masuk wad iodin, nurse akan bagi surat, suruh kita gi kaunter mendaftar masuk wad - Bangunan Kaca Hitam yang terletak di SEBELAH Kaunter saringan Jabatan Kecemasan. Serahkan GL di sini, kalau ada GL. (saya punya terbagi kat klinik nuklear waktu daftar pagi tu... maka sekarang ntah mana, terpaksa guna salinan sahaja nnti). Dah settle daftar, ambil beg / shopping apa patut, then barulah gi wad balik.



- Kalau nurse tanya nak bilik aircond / kipas - mintalah bilik kipas sahaja... bilik aircond sejuk amat! sila bawa blanket lebih.

- Minum iodine biasanya kul 3, jadinya kul 2 dah tak boleh makan / minum. kul 1 camtu wad ada sediakan lunch, boleh makan.

- Selain jajan / asam / makanan untuk menghilangkan loya dan kebosanan terlampau, disarankan untuk bawa peralatan hobi anda - Kalau suka membaca, bawa buku. kalau suka melukis, bawa alatan melukis/mewarna. (saya jenis tak suka membaca, tapi bawa juga buku, just in case. tapi ia akhirnya hanya menjadi ubat tidur sahaja)

- Bawa Minyak angin / urut / minyak panas untuk hilangkan angin dalam badan. sekarang saya kesenakan angin sebab terlalu banyak minum air... errk.

Ok, lain² tips saya akan update dari semasa ke semasa.




p/s: Originally posted at Fb Closed Group, "Tiroid dan Anda", reposted here for my personal archive and not-yet-members who might find this info useful.
posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)