Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Karnival Informasi Kerjaya dan Pengajian Tinggi KIKPT 2017

Imej
Ini kisah pagi tadi. Menghadiri karnival informasi kerjaya & pengajian tinggi anjuran pejabat pendidikan daerah dan majlis kaunselor daerah Gombak, untuk kira-kira 2000 para pelajar dari 35 buah sekolah menengah bawah jajahan daerah Gombak yang berlangsung di SMK Tun Perak, Rawang. Semuanya bermula dengan awal minggu baru ni, ada orang "melamar" untuk jadi panelis forum bagi memberi perkongsian tentang kerjaya. Terkejut juga sebab diri sendiri pun masih setahun jagung dalam kerjaya yang dipilih sekarang. Dahlah kerjaya lompat bidang. First time jadi ahli panel forum, pula tu. Debar. Dah biasa duduk belakang tabir, menangkap gambar je. Cumanya, bila diberitahu ia program untuk warga sekolah daerah Gombak, terasa teruja sebab inilah daerah kesayanganku. Membesar bawah didikan yang sangat mementingkan kecemerlangan akademik, di daerah Gombak ini. Walaupun kecut juga perut dengar bilangan hadirinnya mencecah ribuan. Oleh itu, cabaran disahut sebab merasakan inilah

Dipilih

Aku sering kali cemburu.. Bila terdengar/terbaca kisah bagaimana orang mengatakan dia merasai bagaikan Allah berbicara direct kepada mereka. Sedang mereka sedih, buka sahaja Quran, ternampak ayat yang memujuk. Sedang rasa runsing, buka Quran, dapat petunjuk. Aku cemburu, kerana aku tidak punya kisah sebegitu. Saatku sedih dan buka Quran, topik² besar yang langsung tak ada kaitan la yang aku baca. Menyimpang, kan? Tapi Allah itu berbicara dengan makhluk-Nya pastilah dengan cara yang terbaik bagi setiap orang. Takkanlah dengan setiap orang sama, kan? Setiap orang itu unik, maka Effect nya pasti berbeza. Alkisahnya, aku perlu keluar rumah memenuhi tuntutan tanggunjawab DnT sebentar tadi. Dalam hati memang berbolak-balik tak nak pergi. Ubun-ubun ni memang dah ligat mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri. Memang tak ada mood, tengah down, stress dan sebagainya, menjadikan diri tak rasa nak jumpa orang ramai. Dengan terfikir banyak benda tak settle - takut dipersoalkan dengan p