Dipilih

Aku sering kali cemburu..
Bila terdengar/terbaca kisah bagaimana orang mengatakan dia merasai bagaikan Allah berbicara direct kepada mereka.
Sedang mereka sedih, buka sahaja Quran, ternampak ayat yang memujuk. Sedang rasa runsing, buka Quran, dapat petunjuk.

Aku cemburu, kerana aku tidak punya kisah sebegitu. Saatku sedih dan buka Quran, topik² besar yang langsung tak ada kaitan la yang aku baca. Menyimpang, kan?

Tapi Allah itu berbicara dengan makhluk-Nya pastilah dengan cara yang terbaik bagi setiap orang. Takkanlah dengan setiap orang sama, kan? Setiap orang itu unik, maka Effect nya pasti berbeza.

Alkisahnya, aku perlu keluar rumah memenuhi tuntutan tanggunjawab DnT sebentar tadi. Dalam hati memang berbolak-balik tak nak pergi. Ubun-ubun ni memang dah ligat mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri. Memang tak ada mood, tengah down, stress dan sebagainya, menjadikan diri tak rasa nak jumpa orang ramai. Dengan terfikir banyak benda tak settle - takut dipersoalkan dengan perkara-perkara itu.

Tetapi, digagahkan diri untuk menapak langkah, walaupun dah lewat daripada waktu nya. Alhamdulillah, majlis baru sahaja ingin bermula, dan ia dimulakan dengan taujihat. Banyak kata-kata sentap yang keluar (termasuklah yang dikongsi sebentar tadi). Walau bagaimanapun, ada yang lebih menusuk jiwa ini ketika itu. Ia berbunyi, "Akhawat rasailah bahawa keberadaan akhawat di sini merupakan petunjuk daripada Allah, bahawa Dia memilih akhawat untuk terus berada di jalan ini."

Allahu... Memang terasa. Macam dijawab permintaan² sebelum ini. Mungkin segala apa yang berlaku pastilah untuk memberi laluan untuk jalan ini. Kadang² tu, bukanlah kita tak tahu, things happened for a reason, tapi bila orang directly cakap macam di atas tu, tersedar lebih la. Lagi² pula, awal² tu kau memang dah rasa tension terpaksa keluar rumah di kala otak sangat serabut.

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin