Karnival Informasi Kerjaya dan Pengajian Tinggi KIKPT 2017

Ini kisah pagi tadi.

Menghadiri karnival informasi kerjaya & pengajian tinggi anjuran pejabat pendidikan daerah dan majlis kaunselor daerah Gombak, untuk kira-kira 2000 para pelajar dari 35 buah sekolah menengah bawah jajahan daerah Gombak yang berlangsung di SMK Tun Perak, Rawang.



Semuanya bermula dengan awal minggu baru ni, ada orang "melamar" untuk jadi panelis forum bagi memberi perkongsian tentang kerjaya. Terkejut juga sebab diri sendiri pun masih setahun jagung dalam kerjaya yang dipilih sekarang. Dahlah kerjaya lompat bidang. First time jadi ahli panel forum, pula tu. Debar. Dah biasa duduk belakang tabir, menangkap gambar je.

Cumanya, bila diberitahu ia program untuk warga sekolah daerah Gombak, terasa teruja sebab inilah daerah kesayanganku. Membesar bawah didikan yang sangat mementingkan kecemerlangan akademik, di daerah Gombak ini. Walaupun kecut juga perut dengar bilangan hadirinnya mencecah ribuan.



Oleh itu, cabaran disahut sebab merasakan inilah antara peluang terbaik untuk menyumbang kembali kepada daerah pendidikan yang banyak berjasa membentuk diri sejak kecil, terutamanya SK Taman Seri Gombak dan SMK Hillcrest.

Sebenarnya, saya selesema dan batuk ketika menerima tawaran tersebut, tetapi alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang agak baik hari ini. Ditambah pula dengan aura tuan moderator selebriti Anwar, segalanya rasa mudah. Pengalaman panelis 1, Dr.K pun banyak membantu dlm memberi idea untuk perkongsian yang berkaitan.

Semoga adik-adik yang menghadiri program tadi dapat manfaat yang banyak dan terarah hala tuju kehidupannya nanti.


Selfie dulu sebelum balik.

Uh, now I miss pulut ayam - bekal zaman sekolah dulu. But wait. Today supposed to be my 1st day of Low Iodine diet! What did I ate this morning?

posted from Bloggeroid

Catat Ulasan

Catatan Popular