Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Perjalanan penyembuhan

Alhamdulillah, sewaktu bertemu janji dengan doktor onkologi di Hospital Kuala Lumpur pada 14 Januari yang lalu, doktor memberitahu bahawa bacaan Tiroglobulin(Tg) sebelum rawatan RAI yang pertama adalah 13 sahaja. Jadi, doktor sangat positif bahawa selepas RAI yang lalu, bacaan Tg aku sepatutnya sudah berkurangan. Namun begitu, doktor tetap menjadualkan aku untuk sesi RAI yang ke-2, dengan dos yang lebih rendah, untuk menjalankan ujian diagnostik bagi perkembangan kanser. Menurutnya lagi, sesi diagnostik ini perlu diulang sekurang-kurangnya 2 kali lagi untuk memastikan bahawa kesemua sel tiroid yang berbaki sudah berjaya dihapuskan sepenuhnya. Mata mula bersinar-sinar bila doktor memberikan pengharapan sebegitu. Hati juga gembira sebab untuk sesi diagnostik RAI, aku tidak perlu daftar masuk ke hospital. Sebaliknya, aku boleh pulang ke rumah dan berkuarantin sendirian. Mengambil ilham daripada makcik yang aku temui ketika sesi rawatan RAI yang lepas, aku nekad mengambil peluang in