Update Update Update

Assalamualaikum wbt.

Ada yang rindu update dari saya di blog yang bersawang ni ke?

Actually, hari tu ada seseorang komen di Google / Blog ni (saya tak ingat channel mana)... Bertanya mengenai kondisi penyakit tiroid saya.
Maaf sangat sebab tak dapat contact directly sebab memang tak ingat dekat mana saya baca komen orang tu.

Makanya... here we go.

Setelah boleh kata 2 tahun la ada kanser tiroid ni, buat pembedahan pada pertengahan 2016 dan ulang alik hospital... keadaan saya semakin baik, alhamdulillah.

Saya masih dijadualkan untuk sekali RAI lagi pada bulan 8 nanti. Mengikut kata doktor, insyaAllah ia akan menjadi RAI terakhir sekiranya result whole body scan pada waktu itu memberansangkan dan tiada lagi sisa-sisa sel tiroid yang berbaki.

Apapun, hidup mesti diteruskan. Kehidupan selepas berumah tangga pastinya banyak perubahan yang memerlukan fleksibiliti diri ini tetapi keadaan emosi semakin tenang pada waktu ini.

Baru-baru ini, saya ada menyertai kelas penulisan secara online bersama Cikgu Khairy Tajudin. Saya kira, sudah tiba masanya untuk saya menulis secara serius. Kata orang, orang yang berguna itu hidup selepas matinya. Antara caranya ialah menerusi buku dan penulisan. Amatlah rugi jikalau saya tidak memanfaatkan peluang yang terbentang luas, bukan? Saya juga pasti, amatlah rugi jika saya tidak membukukan segala pengalaman saya untuk manfaat orang lain. Betul, kan?

Oleh sebab itu, doakan kejayaan saya menulis sekurang-kurangnya satu buku dalam hayat ini. Namun, yang lebih diharapkan ialah 1 buku setiap tahun. Semoga ia menjadi manfaat buat semua.

InsyaAllah, Amin.


Oh, sekiranya anda ingin menghubungi/mengetahui perkembangan saya, hanya add friend saya di Facebook , ataupun instagram @Hawalatip

Jumpa lagi di lain masa. Chao!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin