2019. New Year, New Me & New You!

Assalamualaikum....

Masih ada ke yang follow blog bersawang ni?

Baru perasan last update bulan April tahun lepas. Maafla sebab blog bukan lagi di musimnya 😆 Bukan apa, sekarang lebih suka kongsi di Facebook dan Instagram sahaja. Setiap kali update, tak sampai lima minit ada yang bagi feedback. Ha ha. Saya memang tak penyabar dan saya sedang saya ada penyakit suka dapat perhatian.

Lebih kurang 9 bulan selepas entri yang lepas, banyak sangat benda berlaku. Kerajaan bertukar, janji masih dicapati dan sebagainya.  #eh

Walaupun begitu, dalam masa 9 bulan ni ada berita paling Best yang saya nak kongsikan di sini.

Selepas menjalani diagnostic RAI buat entah ke berapa kalinya, doktor akhirnya beritahu tiada lagi uptake RAI. Maksudnya apa? Maksudnya alhamdulillah doktor dah tak nampak sisa-sisa sel tiroid dalam badan.

Alhamdulillah sangat! Ia juga bermaksud InsyaAllah lepas ni dah tak perlu jalani RAI lagi dan hanya perlu follow up ubat dan cek darah berkala sahaja 😊

Namun begitu, doktor memang tak cakap saya dah clear dari kanser tiroid. Itu sebab SOPnya, kalau 3-5 tahun tiada relapse, barulah boleh diwartakan sebagai bebas daripada title pesakit kanser tiroid.

Selain daripada itu... Yang perkembangan significant ialah berat badan melonjak ke angka 82KG pada bulan Ogos 2018, selepas sebulan berpuasa daripada ubat tiroksin.

Dahulu, ada pernah tercakap pada husband, lepas doktor kata tak perlu buat rawatan RAI lagi, barulah nak diet dan turunkan berat badan balik. Maka, pelbagai usaha dilakukan bagi memulakan misi menurunkan berat badan.

Pada awalnya, saya bermula dengan diet sendiri-sendiri, sehinggakan terpaksa jumpa doktor atas sebab gastrik keterlaluan.. Ha, ambil! Diet tanpa ilmu, terus dapat sakit. Namun, nampak la juga hasilnya. Turunlah ke 78KG.

Namun, saya stop usaha dengan alasan ada gastrik. Berat jadi stagnant. Dengan mood tahun baru, saya tahu saya kena berubah! Saya kena kembali ke berat ideal agar kesihatan dapat dipulihkan. Dan pulihkan keinginan beli baju baru saiz XXL kepada beli baju saiz M atau setidaknya, L.

Sekarang, dengan bantuan Coach dan ilmu pemakanan seimbang, saya dah survived hampir sebulan berdiet tanpa rasa lapar dan tanpa dapat gastrik!

Memandangkan sekarang pun dah duduk di kondo, ambil kesempatan yang ada untuk turun gym dan kolam renang. Bagi lebih fit. And yeay!!! Breaststroke bukanlah sesuatu yang mustahil, sekarang.

And oh, I've lost 4KG since new year. Semoga dapat istiqomah dan turun lebih banyak kilosss. Bagi yang ada azam untuk menjadi lebih baik, saya doakan kita semua mendapat apa yang kita usahakan dan impikan.

Selain daripada tu, saya dah mula menulis anekdot dengan #PiahPian dan mula sikit-sikit untuk buku perkongsian kisah perjuangan kanser tiroid #mencarihikmah. Doakan agar kisah-kisah di ini dapat dibukukan, ya.

Sekian.


Pssst: again, kalau nak feedback urgent untuk apa-apa pertanyaan, boleh pergi fb.com/hawa5858 atau insta @hawalatip ..  Boleh PM/DM sahaja.

Ulasan

Catatan Popular