Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Di antara dua alam?

Sejuk... Seluruh tubuhku kesejukan. Kucuba untuk mengiring ke kanan dan ke kiri. Gagal.. Tiba-tiba bahang haba dirasai dari tempat pembaringanku.  لا اله الا الله، محمد رسول الله Berulang kali kalimah thayyibah syahadah itu diungkapkan. Tidak jelas di bibir, namun jelas di hatiku.  'Sekiranya ini penghujung hayatku, biarlah is berakhir dengan penyaksianku itu.' bisik hati kecilku.  Fikiranku samar-samar. Pandanganku kabur. Aku tidak mampu mengingati di manakah keberadaanku ketika itu.  Kepala ditoleh ke kiri ke kanan.  Seluruh badan rimas tidak selesa terbaring di atas tilam berbalut kulit sentetik yang melekap di kulit belakang badanku.  Namun tiada satu pun anggota yang dapat kugerakkan selain kepalaku.  Dalam kesukaran, terbit kata-kata "Sakit.... Sakit...." Air mataku bergenang menahan kesakitan. Kedengaran suara balas, "Sakit di mana?"  "Ta... ngan..." Aku hanya menjawab lemah, sambil menoleh kepala ke kiri. Memberi signal tangan kiriku yang s

2019 A-Z

Imej
2019. Bermula dengan positif. Join Misi Kurus Online Program. Belajar healthy eating. Mula aktif berjoging dan belajar berenang kembali dengan panduan encik suami dan YouTube pula. Memang gigih. Pergi family Day Isma Gombak pun, sanggup memilih-milih makanan 🤭 alhamdulillah, lebih kurang 5kg berjaya dibuang pada bulan pertama sahaja. Then, rasa bahagia sebab bulan Februari tak perlu kena kuarantin RAI da macam tahun-tahun sebelum ni. Mac-April. Diuji dengan acute tonsillitis. Berulang ke klinik sejak hujung tahun 2018 sebenarnya. Demam on and off. Kemuncaknya, tekak membengkak tak nak surut. Antibiotik klinik yang diberi tak menampakkan hasil.  Akhirnya, menyerah diri sebab da hampir seminggu asyik MC, minta dirujuk jumpa doktor pakar. Acute tonsillitis. Warded 4 malam untuk habiskan antibiotik secara drip. Sekitar masa yang sama, mula terjumpa perniagaan MemoryPotret. Terus daftar dropship lepas tengok iklan. Sekarang ni, kita pula cari orang yang nak join dr