2019 A-Z

2019.
Bermula dengan positif.
Join Misi Kurus Online Program. Belajar healthy eating. Mula aktif berjoging dan belajar berenang kembali dengan panduan encik suami dan YouTube pula.
Memang gigih. Pergi family Day Isma Gombak pun, sanggup memilih-milih makanan 🤭 alhamdulillah, lebih kurang 5kg berjaya dibuang pada bulan pertama sahaja.


Then, rasa bahagia sebab bulan Februari tak perlu kena kuarantin RAI da macam tahun-tahun sebelum ni.

Mac-April. Diuji dengan acute tonsillitis. Berulang ke klinik sejak hujung tahun 2018 sebenarnya. Demam on and off. Kemuncaknya, tekak membengkak tak nak surut. Antibiotik klinik yang diberi tak menampakkan hasil. 
Akhirnya, menyerah diri sebab da hampir seminggu asyik MC, minta dirujuk jumpa doktor pakar. Acute tonsillitis. Warded 4 malam untuk habiskan antibiotik secara drip.

Sekitar masa yang sama, mula terjumpa perniagaan MemoryPotret. Terus daftar dropship lepas tengok iklan. Sekarang ni, kita pula cari orang yang nak join dropship. Haha. 
Ramadan-Raya. Berjaya kentalkan hati, ambil cuti 2 minggu sebelum raya. Dah lama nak buat, tapi tak terbuat. Fokus ibadah hujung Ramadan dan join macam - - macam aktiviti, then, luang masa buat kuih serta preparation raya dengan mak. Team raya dengan mak sendiri. Kemudian baru balik raya rumah mentua. Waktu balik raya rumah mentua, tengok pelam depan rumah, macam best je. Tapi encik suami kata muda sangat lagi. Tak diambilkan pun buat isterinya ini. Makan hati yang sangat dalam tapi tak luah. 

Balik raya. Berat badan meningkat balik. Kufikirkan biasa-biasa aja. Mula nak aktifkan diri bersenam balik tapi rasa tak sedap hati dan badan. Buat checkup, baru sedar rupanya diri sendiri pregnant da 9 minggu macam tu... Nak pelam sampai makan hati tu sebab pregnant la tu agaknya. Haha. Then, Mula drama seorang pesakit tiroid yang keliru tak tahu nak rasa apa mahupun buat apa. First time lalui journey buku merah dengan tag kuning. Perjalanan itu tak lama.
Tak sampai dua minggu lepas tahu pregnant, heavy bleeding. First time serah diri ke kecemasan. 2nd time kena masuk operation theater dengan bius penuh. D&C.
Sebulan MC.

Raya haji? Tak ingat apa yang berlaku waktu ni. Biasanya tahun sebelum ni orang lain raya haji, saya kuarantin RAI. kali ni, 'kuarantin' pasca keguguran, mungkin. Atas sebab tertentu, korban tahun ni terpaksa buat melalui EzQurban sahaja. Sedih pun ada sebab tak dapat tengok penyembelihan mahupun status korban secara langsung. 
Bulan sembilan mula buka Carboot Sales. Juga ada Family Day MP. Yang ni memang tak dinafikan, menyebabkan bertambah rasa sayang kat family satu ni.

Bulan sepuluh. Genap enam tahun berkhidmat dengan syarikat sedia ada. Bermakna tamatnya komitmen bekerja di bawah kontrak biasiswa dahulu.
Bulan sebelas. Bulan Birthday yang sepatutnya menggembirakan tetapi penuh dengan mood swings, berat kepala, berat badan, rasa nak makan macam-macam. Yeah, I'm pregnant again. Cuba-cuba buat happy tapi tak boleh. Mood asyik nak marah orang lain dan diri sendiri. Morning sickness teruk, especially bila duduk dalam kawasan aircond untuk tempoh masa yang lama. 
Bulan dua belas. Anniversary, tapi diriku bermuram durja sebab doktor beritahu kantung kosong, tak nampak baby. Peluang 50-50.. Waktu ni, encik suami buat surprise special. First time menangis sebab happy. Mungkin juga sebab memang tengah beremosi macam-macam. Anyway, I was burnt out. Took rest. Jumpa doktor pakar, kata baby menang bantut. Tiada heartbeat. Missed miscarriage. Kuredah swimming pool petang itu juga. dan 3 hari kemudian, heavy bleeding and excessive blood lost. Bermulalah proses keguguran kali kedua tahun ini. 
Masuk OT lagi dengan bius penuh. Hysteroscopy pula. Siap dapat blood transfusion 4 pek. Warded seminggu. Emosi mula stabil. Rasanya hormon-hormon ibu mengandung sebelum ni dah kembali ke pangkal jalan.

Banyak kerja tertangguh dan rasa bersalah mula menyelubungi.

Oh, misi kurus berjaya! Dalam masa setahun ni, dari 76kg ke 64kg. Then, naik ke 68kg (pregnant first). Lepas tu berjaya turunkan semula ke 62kg lepas gugur; sebelum naik dan turun kembali ke 66kg hari ini. Jadi, secara kasar, kurang 10kg pada 2019. 🎉

Secara keseluruhan, 2019 bukanlah tahun yang menggembirakan sangat, tapi ada lah memori-memori sweet untuk dikenang.

Berakhirnya 2019.
Bermulalah 2020.

Salam tahun baharu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin