Aktiviti yang saya lakukan ketika KUARANTIN RAI

Gempar satu dunia dengan kewujudan novel coronavirus yang menyebabkan penyakit COVID-19. Di Malaysia pun, kerajaan sudah mengisytiharkan kawalan perjalanan, kan?

Dengar aje perkataan 'kawalan', terus otak jem, kan?

Huhuhu... tapi sejak disahkan kanser tiroid pada 2016 dulu, dah lima kali jugalah saya dikenakan kawalan wajib ini. Lagi ketat. Cuma tak panjang macam tempoh kuarantin COVID la.

Sebelum nak cerita aktiviti yang saya lakukan ketika kuarantin, jom refresh dahulu syarat kuarantin saya yang juga dipanggil Kuarantin disebabkan RAI (radioactive iodine treatment/scan) ni. Antaranya:


  1. Tak boleh berada dekat dengan orang lain dalam lingkungan 1 meter. Dan tempoh duduk berhampiran pun tidak seharusnya melebihi 15minit. So, bersalaman, berpelukan, tidur sekatil, sebantal, duduk semeja dengan orang lain memang dilarang,lah.
  2. Tak boleh kongsi bilik air. Kalau kongsi, kena flush minima dua kali.
  3. Tak boleh ke tempat awam dan bergaul dengan orang ramai, lebih-lebih lagi ibu mengandung dan kanak-kanak. Yang ni sedih sikit la. Siapa ada anak, memang kena hantar balik kampung atau diri sendiri yang kena pergi tempat lain. 
  4. Tak boleh berkongsi pinggan mangkuk atau apa-apa peralatan lain dengan orang lain. Radiation everywhere we touched. Harmful radiation for your healthy thyroid, I must say. Jadinya, lepas makan, kena cuci sendiri dan simpan di tempat khas sendiri. Nak lebih mudah, pakai barangan pakai buang. Cumanya, tunggu habis tempoh radiation, baru buang sendiri ke tong sampah besar! Tak boleh orang lain buangkan.
  5. Makan kena ikut pantang RAI. Maksudnya perlu minimumkan jumlah iodin intake daripada makanan atau minuman. Contoh yang ada iodin ialah garam beriodin dan seafood.
So... Dengan pantang larang tu, apa yang saya selalu lakukan di masa terluang, ya?

  1. Baca Quran extra. Biasakan diri pegang Quran. Disebabkan kita berseorangan, lebih mudah jaga wuduk [macam dah jadi isteri, tak perlu salam suami.so, wuduk lebih mudah dijaga]. Alang2 ada wuduk, banyakkan baca Quran dan amalan sunat lain seperti zikir, solat sunat
  2. Menulis. Tulis pengalaman, tulis luahan hati, tulis info, tulis maklumat produk, meroyan pun ada gak 🤣 benda ni untuk membantu otak sentiasa aktif dan tidak layu dek terkurung tak jumpa orang. Waktu ni juga macam-macam idea nak tulis buku datang tapi...kesudahannya?masih belum terrealisasi. 
  3. Bersosial di media. Rajin2 komen, like, share things
  4. Tidur. Ni waktu kat hospital susah nak elak. Sebab apa? Badan memang akan terasa penat sangat waktu lepas ambil RAI tu. Dah sebulan tak dapat tiroid...Lepas tu RAI tu musnahkan lagi sel-sel yang memproses hormon tiroid. Kat hospital Aircond pulak..Hmmm..memang tak jalan kerja lain
  5. Ada pernah tu, Saya mengait! Crochet. Sebab saya suka seni, kan. Tapi rasanya tak dapat fokus sangat pun. So sekejap ajelah buatnya.
List lain? Nanti saya ingat, saya update lg ya.itupun kalau saya ingat, la. 😌 kalau saya tak update, anda komen aje, saya reply, k?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin