Bethesda Category type VI

Seperti yang dinukilkan dalam entri "Temujanji demi temujanji" sebelum ini, temujanji selepas ultrasound check ini merupakan temujanji penentuan yang memberi konklusi terhadap kesemua ujian dan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap aku.

Setelah ultrasound menunjukkan ia adalah suspicious thyroid nodule, aku kini pasti yang ia ialah sejenis tumor pada tiroid aku. Back to basics, all sciences students (or former sciences students macam aku) semestinya tahu bahawa tumor boleh diklasifikasikan sebagai "benign" dan "malignant", yang mana benign type tidak begitu merbahaya kerana ia tidak merebak ke tisu lain, tetapi tetap berpotensi menjadi malignant; manakala malignant itu menunjukkan bahawa tumor tersebut jenis yang merebak ke tisu lain dan nama glamour dia sangat ditakuti orang ramai - yup, Kanser.

Maka bermulalah expedisi di alam maya untuk mendalami Thyroid Cancer. Kalau ikutkan, kurang dari 10% kes thyroid tumor ialah kanser. Agak melegakan bila dibaca tapi aku ni memang perasan yang diri aku ni special. So, aku anggap je yang mungkin aku antara 5-10% tu. Suka benar menambahkan kerisauan kepada diri sendiri.

Seminggu menunggu untuk ke appointment seterusnya dipenuhi dengan pelbagai persoalan tentang macam mana keadaan diri kalau perlu lalui pembedahan...
siapa je yang patut aku beritahu akan kondisi ini... macam mana dengan kerja dan projek yang sedang dipegang...dan few other things as well...

Good thing is, dalam fikiran tak terlintas sangat pasal kematian ataupun survival lepas ni. Mungkin sebab subconcious mind tahu yang ayah aku dulu pun ada thyroid cancer dan sekarang pun sihat wal afiat - except the fact yang dia ada penyakit 3 serangkai yang not uncommon kat Malaysia ni. Ye la, umur pun dah 73 tahun. Seingat aku, waktu kena thyroid cancer dulu, ayah aku around 55 tahun. Aku masih bersekolah rendah. So, it really is not a big issue. Seems like big issues aku lebih pada yang temporary. Aku rasa macam banyak, tapi aku tak nak sertakan secara terperinci kat sini sebab kalau boleh, aku tak nak ingat pasal trivial matters itu lagi. heh.

Berbalik kepada temujanji yang dinantikan.

25 Mei 2016

Seperti biasa, aku ke klinik pakar lagi. Walaupun berdebar nak tahu result, tetap je diri ini berlengah-lengah dalam bersiap. Appointment pukul 9.30, dekat pukul 9 baru nak keluar rumah. Somehow, trafik pun tak berapa nak clear kat roundabout Jln Ipoh x MRR2. Dekat kul 9.30 baru sampai dan park dekat Selayang Capitol, macam biasa. Berjalan laju la merentasi jejantas Selayang Capitol - Hospital Selayang tu. Bila hati dah nervous, jalan yang pendek tu pun nampak jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh je.

Selepas mendaftar, aku duduk menunggu giliran. Tak sampai sejam menunggu, nombor dah dipanggil. Maka, berjumpalah aku dengan doktor. Aku tak ingat nombor bilik tu, tapi kedudukannya aku masih ingat. Doktor menyambut dengan muka ceria je. Doktor lelaki lagi. Memang nasib aku kat hospital ni asyik dapat doktor lelaki, je. Anyway, doktor ni mula berbasa-basi, tanya khabar and such. then... dia mula beralih pada komputernya...

"Ok, Syarifah Hawa, ye..." sambil membuka aplikasi hospital dan klik pada satu tab.

jeng jeng jeng.

Berlainan dengan di bilik pemeriksaan yang lain, kedudukan komputer dan tempat yang aku duduk dengan doktor ni, agak mesra-skrin komputer. aku boleh nampak apa yang terpampang dekat skrin komputer tu dengan agak jelas. Bila terbuka je tab yang doktor tu buka, benda ni yang mula-mula sekali menarik perhatian mata aku

"Bethesda category type VI - Malignant"

Pergh. telan air liur.

Doktor muka cool je lagi dan mula pandang aku. Dia macam tengah nak construct ayat bagitau maksud result tu....

"Kanser eh, doktor?" sebelum doktor sempat berkata apa-apa, aku terus potong cakap doktor tu. How cool am I at that time, eh? hahaha. Tak nak kalah dengan doktor yang ceria dan mula troubled semata-mata nak bagitahu result tu. Macam poyo je kan, tapi fikiran dah blank dah sebenarnya pun.

"Oh, so you dah tahu la ni? Ah, senanglah. risau macam mana nak bagitahu, tadi. Terkejut tau. Awak muda sangat dan simptom-simptom pun tak suggestive for cancer," Doktor cina itu membalas pertanyaanku dengan penuh rasa kelegaan. Memang tak boleh dilupakan riak muka dia.

And so, doktor tu pun minta diri dan terus panggil seorang lagi doktor, doktor wanita. Masuk je doktor ni, terus dia cerita pasal pembedahan, risiko dan komplikasinya, sebelum akhirnya dia tanya, "So, awak nak raya berapa lama?"

Terkedu jap dengan soalan dia. haha. Rupanya dia tanya tu sebab nak set tarikh untuk pembedahan. Dia kata, kanser tiroid ni antara yang lambat merebak, dan bolehlah aku ambil masa untuk puasa dulu dan beraya sebelum undergo surgery. Since aku minta untuk beraya selama 2 minggu, so dia bagi aku tarikh pembedahan pada 20 Julai 2016 - yang sepatutnya semalam, tapi telah diawalkan - kenapa? nanti aku ceritakan kemudian.

Semuanya berlaku dengan pantas. Lepas tu doktor bagi surat arahan masuk wad dan suruh aku ke bahagian anaesthasia (bius) dan doktor hidung, mulut dan telinga (EnT) untuk pemeriksaan lanjut sebelum menjalani pembedahan. Untuk itu, dekat surat tu dikepilkan sekali surat referal kepada doktor bius dan EnT. Menerusi surat itu lah aku tahu details pasal kondisi aku, result biopsi, result ultrasound dll. Sebahagian gambarnya seperti yang dikepilkan.




Papillary thyroid carcinoma. bound for total thyroidectomy.

Pendapat aku sendiri bila aku dah tahu secara detail, ni? Sambungannya di lain hari. Ciao.



Pssst : I'm quite glad yang operation dicepatkan dari tarikh asal. Currently on my post-ops day 8, my recovery went pretty well, so far. Tiada seberang komplikasi yang serius, dah boleh makan cara orang melayu - pakai tangan je. Solat pun dah boleh bagi salam dengan lebih proper. ok. ok. post-ops punya cerita pun kena tunggu turn juga. till later.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin