1st Checkup

Dalam post sebelum ini, aku menyatakan bahawa 2015 merupakan tahun yang menyebalkan minda dengan kesihatan yang tidak menentu sehinggalah aku mendapati leherku bagaikan membengkak tetapi tidak sakit. Aku mengendahkan bengkak tersebut kerana menyangka ia ialah perkara normal yang berlaku ketika demam tetapi peliknya, aku dapati ia kekal membengkak walaupun demamku sudah kebah.

Merasakan sesuatu tidak kena, aku merajinkan diri ke klinik swasta yang berhampiran dengan office. Seperti biasa, jikalau berjumpa doktor, pastinya doktor akan bertanya pelbagai soalan untuk membuat inferens/diagnosis mengenai penyakit yang dihadapi. Apabila aku melaporkan mengenai kewujudan bengkak / benjolan yang tak surut-surut di leherku, berikut merupakan antara soalan yang ditanya:




  • - dah kahwin / belum?
  • - bila last period?
  • - period cycle selalunya macam mana? berapa hari? ada ketulan darah ke tak?
  • - ada rasa selalu berdebar-debar?
  • - selalu panas bila orang lain rasa sejuk? ataupun sejuk bila orang lain panas?
  • - pernah tangan menggigil / bergetar yang tak boleh dikawal?
  • - cuba duduk tegak dan hulurkan tangan ke hadapan (90 darjah daripada badan)
  • - macam mana dengan sejarah kesihatan keluarga?


*Itu aje la dulu. Soalan lain lagi nanti tambah kalau aku ingat.*

Kemudian doktor meminta kebenaran untuk mengambil sample darah untuk dibuat ujian sebelum aku dibenarkan pulang ke pejabat.

Tak silap aku, ujian darah untuk hormon tiroid ni dicaj dalam RM80. Kalau tak silap la. Nurse cakap keputusan darah keluar dalam masa tiga hari sebelum aku boleh berjumpa doktor kembali.

Berhari-hari aku tunggu result keluar dan tunggu supaya boleh jumpa dengan doktor yang sama di klinik itu untuk follow-up. Perasaannya tu, macam tunggu result exam nak keluar. Mungkin tak banyak sample darah yang perlu diuji, resultnya keluar sehari kemudian tapi doktor yang aku jumpa mula-mula tu kadang-kadang je ada kat klinik. So aku ambil keputusan ujian darah tu dahulu dan analisa dengan bantuan Dr. Google. Tapi daripada bacaan yang ada dan perbandingan dengan standard normal range hormon yang diuji menunjukkan hormon-hormon aku berada di tahap yang normal sahaja.

Dengan itu, sebahagian daripada diriku rasa lega, tetapi sebahagian yang lain masih rasa pelik. Well, curiousity yang membuak. Jika tiada apa-apa, then apa yang membonjol kat leher, ni? Takkan tetiba ada halkum, kot? Haha.

Dipendekkan cerita, aku berjumpa doktor sekali lagi dalam 2 minggu kemudian dan daripada ekspresi doktor, bagaikan tiada apa-apa yang mencurigakan. Tapi, doktor ada cakap disebabkan ayah aku ada sejarah kanser tiroid, maka dia keluarkan surat rujukan untuk aku ke hospital untuk tindakan lanjut.

Di sini, aku diberi pilihan untuk memilih hospital yang dikehendaki. Atas pelbagai sebab, aku pilih Hospital Selayang. Kenapa hospital kerajaan? Ini sebab hospital kerajaan ada ramai doktor dan pekerja yang tidak memikirkan keuntungan semata-mata. Lagipula, hospital swasta tak semuanya ada pakar daripada semua bidang. Ada je kemungkinan untuk aku dirujuk ke hospital lain. So, yeah.

Bermulalah jelajah aku ke Hospital Selayang. Sejujurnya, aku cuak sangat. Siap Google lagi untuk tahu apa yang patut aku buat dengan surat rujukan tu, tempat mana yang harus kutuju, di mana tempat itu di hospital Selayang yang gedabak itu, dan sebagainya. Namun kecewa. Aku tak jumpa sangat guide yang boleh dirujuk.

Untuk post yang seterusnya, akanku tulis sedikit sebanyak panduan perjalanan ke Hospital Selayang, just in case ada yang noob macam aku juga.


Ok, Selamat Hari Raya Aidilfitri

P/s :  Jemput PM whatsapp 01111643282 untuk mendapatkan koleksi kain-kain dan tudung menarik daripada #SeleksiHawa



Ulasan

Unknown berkata…
Asslm sis nk ty result sis mcm na yaa sbb kes sis lbih krg saya
Hawa A Latip berkata…
Official vKanser tiroid.
whoisme berkata…
Assalam cik puan hawa
Saya pun tiroid kanser macam puan juga. Saya punya jenis papilari cancer. Baru sahaja diagnose pada bulan febuary 2020 dan baru sahaja sebulan selepas pembedahan membuang seluruh kalenjar tiroid (thyrodectomi). So mcm puan, dah 4 tahun kan menghidap kanser tiroid ni. So, sekarang ni mcm mana status kesihatan puan? Masih dgn rawatan susulan dan masih lagi menghadap rawatan2 lain2? Boleh cerita kan tak pengalaman puan setelah selama 4 tahun puan menghidap kanser ni?

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin