Chiangmai... Art in Paradise

24 April - 30 April yang lepas, aku, mae (mak aku), dan Aisyah Hijazi telah selamat ke Chiangmai, Thailand dengan menaiki penerbangan AirAsia dan tinggal di Lanna Thai Guesthouse yang ditempah menerusi AirAsiaGo. Beli pakej lengkap flight + hotel + airport transfer. Secara kasar, seorang bayar kurang dari RM600 untuk 3 perkara di atas.

uhm, ok. tujuan aku sebenarnya bukannya nak kisah macam mana nak pergi bercuti di chiangmai secara bajet, tapi sekadar nak kongsi pengalaman pulang ke kampung halaman mae. Cuma alang-alang aku mention sekali la pricing mana yang aku ingat.

Macam-macam background trip ini. Firstly, dapat bonus, katanya. Stress kerja, alasan juga. Nak utilize compulsory leave sebelum rasa bersalah perlu cuti panjang untuk menerima apa-apa rawatan, antaranya.
(pls note yang waktu decide nak holiday tu, aku dah mula penuhi temujanji dengan pakar tapi masih belum conclusive lagi keputusan ujiannya). So, harapan dapat enjoy before terima takdir yang mungkin menakutkan pun ada juga.

Memandangkan ingatan aku dah mula pudar akan perincian apa yang berlaku di sana, buat masa ni aku share sahaja pengalaman menerusi gambar highlight yang aku pilih, satu demi satu, ye.

So, kali ini, my first choice is....



Welcome to Chiangmai Art in Paradise

Chiangmai Art in Paradise ni dalam 5 minit perjalanan menaiki tuk-tuk daripada Lanna Thai Guesthouse ataupun Night bazaar (Argh, trying to remember the night bazaar name but i just could not remember)

Nak jalan kaki pun boleh... dalam 20 minit tapi kami naik tuk² aje la... 20 baht sekepala untuk one way. Ini harga untuk orang yang boleh cakap thai, ye. untuk yang cakap English, boleh jadi kena 80 baht.

Untuk yang bajet, mungkin tak gemar sangat masuk sini, sebab ada entrance fee... Non-thai fees agak tinggi juga berbanding Thai fees. So, bab beli tiket aku serahkan pada mae. Dapatlah murah sebab mae memang warganegara Thai. Tapi disebabkan itu, aku tak ingat exactly fees nya.

Basically, gambar di atas menunjukkan pintu masuk Art gallery ni. Aku suka dome dia tu. Tak muak tengok. gambar kena selfie sendiri sebab yang lain dah masuk dulu. Aku ni, kat pintu pun 5 minit.

Oh, buat yang tidak tahu, gallery Art in Paradise ni ialah suatu galeri seni 3D seperti yang glamour di Langkawi, KL, dan beberapa tempat lain di Malaysia.
So jangan risau, galeri ini tidak sebosan galeri seni gambar muka orang yang tidak dikenali mahupun seni abstrak yang sukar difahami maksudnya.

Yang paling penting, berbeza dengan galeri seni yang lain, ANDA BOLEH BERGAMBAR dalam galeri ini. Untuk setiap attraction, siap ada recommended spot untuk berdiri menangkap gambar. Ada juga yang guide cadangan² pose untuk bergambar. Oleh sebab itu, pastikan anda tidak keseorangan ketika datang ke sini.

Kebanyakan gambar di galeri ini telah aku dah upload dalam Facebook aku. Sesiapa nak tengok boleh je head over to my album di profile Fb aku tu.

Namun, gambar kat bawah ni yang paling aku gemari.



Terbang menaiki kapal terbang kertas bersama ibunda tercinta merentasi kotaraya yang bercahaya. Aaaahh... our posing yang selamba, angle pengambilan gambar yang memaksimakan impak 3D tersebut, dan ekspresi muka yang bagai tidak dibuat-buat. This looks so perfect.

Kalau nak tahu, gambar kotaraya dan juga kapal terbang kertas itu hanyalah lukisan yang ditampal pada lantai galeri itu. So, memang tiada rasa gayat. Untuk menghasilkan impak 3D pada gambar ini, jurugambar perlu mengambil gambar dari sudut yang tinggi. Oleh sebab itu, disediakan tangga / platform tinggi untuk pengunjung naiki dan tangkap gambar.

Masalah utama yang aku perhatikan di galeri ini semestinya kena berebut untuk bergambar. sebab waktu kau tangkap gambar, kalau ada orang lain, memang spoilt, la kan? haha. sedangkan aku datang waktu weekdays pun dah berebut... inikan pula kalau datang weekend, kan?

Banyak kes sebenarnya berlaku di galeri ni. bateri fon habis... nak ambil gambar pakai slr, pencahayaan mencabar dan of course nanti gambar sendiri takada. in the end, memang banyak gambar ihsan kamera Aisyah Hijazi la. Then kami masing-masing mempunyai misi dan visi yang berlainan dalam menikmati kesenian 3D ni... maka seorang kat sana, sorang kat sini... siapa nak ambil gambar siapa.. siap ada yang merajuk pun ada.. aduh.. kelakar rasanya.

Maaf sangat sebab aku bila masuk kat sini memang nak polish photography skills, directing models, di samping menambah koleksi gambar diri sendiri di tempat² menarik. Jadi memang picky sikit bab posing, angle dsb.

Nasihat aku untuk sesiapa yang nak pergi tempat² gini, baik bincang objektif masing² supaya tak wujud perselisihan faham, ye. Travel berseorangan lain cerita. kau buatlah apa kau nak.

Anyway, all ended in good term, walaupun aku harap boleh spend lebih banyak masa di sana. Seharian dari pagi ke petang di sini pun takpe.

Silalah ke facebook.com/hawa5858 untuk gambar. Kalau takde access, just drop me a message and add me as a friend, ya. Aku tulis Blog ni guna fon. gambar semua dah di laptop. Tak kuasa nak redownload satu² balik dalam fon ni.

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin