Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)



Jika korang ada mengikuti posts aku yang sebelum ini, aku ada menyatakan bahawa doktor klinik rujuk aku ke Klinik Pakar Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kekecewaan tiada panduan / perkongsian pengalaman yang jelas di ruang maya ini membuatkan aku terpanggil untuk menulis panduan ini.

Tak formal, tapi ia berdasarkan apa yang aku alami. Sila maafkan aku jikalau urutannya carca marba dan terlalu bercampur-aduk - I am a random person, after all.

  1. Untuk berjumpa doktor pakar di Hospital Selayang, sila bawa surat rujukan yang diberikan doktor ke Klinik Pakar di Hospital Selayang (HS)
  2. Klinik Pakar di HS terletak di aras 3 dan 4. Pintu utamanya tidak sama dengan pintu utama HS, walaupun ia sama besar dan boleh dikira sebagai bersebelahan. Kalau berjalan kaki dari arah jalan utama masuk ke Hospital Selayang, simpang pertama untuk ke unit kecemasan, simpang kedua adalah untuk ke Klinik Pakar, Simpang ketiga untuk Lobi Utama dan wad-wad (ada Hospi-Mart kat sini), simpang ke-empat untuk ibu-ibu nak bersalin dan hospi-Cafe. 
  3. Walaubagaimanapun, 95% of the time, korang takkan dapat parking mengikut parking lot di simpang yang ada, maka teruskan pemanduan untuk pusing hospital dan parking di mana sahaja ada ruang kosong yang bersesuaian di tepi-tepi jalan. Namun, tolong la jangan parking di lorong kecemasan di jambatan keluar masuk HS tu. Tak bijak dan pentingkan diri, namanya.
  4. Kalau tak nak pening kepala, FREE PARKING ada di Rooftop Selayang Capitol berhadapan HS. Pagi-pagi memang tak payah berebut. ada jejantas untuk pejalan kaki. dalam 10 minit je berjalan, sama je macam parking dekat kuarters staf di belakang HS dan berjalan ke HS.
  5. Building Selayang Capitol macam creepy sikit. Kalau takut, boleh park di luar bangunan, tapi kena bayar, la sebab ia dikira bawah pengawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). 53 sen sejam. Waktu 1st time aku parking situ, mesin bayaran automatik tu rosak. Maka terpaksa beli buku kupon terus daripada kedai serbaneka kat Selayang Capitol. Tak ingat nama kedai tu apa. Signboard belang warna kuning, biru, merah.
  6. Klinik Pakar dipecah-pecahkan di Hospital Selayang tu, bergantung kepada pakar yang ingin ditemui. Untuk memudahkan urusan, bawa surat rujukan ke Kaunter Pendaftaran Aras 3 (masuk-masuk pintu lobi akan jumpa kaunter ni - yes, pintu masuk tu la aras 3). Pekerja di kaunter akan beritahu lokasi kaunter yang kau patut pergi. 
  7. Kes endocrine macam aku kena pergi kaunter Medikal di Aras 3, juga dikenali sebagai kaunter biru. Kaunter ni terletak di antara  kaunter untuk ambil darah. dan bilik pemeriksaan Obs&Gens. Masuk pintu utama, belok kanan dan jalan terus. Meja kaunter yang ke-3 kalau tak silap.
  8. Berikan surat rujukan kepada staff yang bertugas di kaunter. Kes aku, pekerja tu ambil nama dan nombor telefon. Dia bagitahu yang dia akan call untuk berikan tarikh appointment.
  9. Pada hari appointment, aku ke kaunter Medikal tersebut kembali dan diberikan kad temujanji.
  10. Dah dapat kad temujanji, kena pusing ke kaunter pendaftaran.Entah tak ingat apa yang staff tu buat, pastu aku kembali ke kaunter medikal dan masukkan kad ke dalam bakul kad temujanji sebelum dipanggil dan diberikan nombor giliran.
  11. Tunggu sehingga nombor dipanggil. Aku suka analisa pergerakan nombor. Series nombor giliran aku waktu tu bergerak setiap 10-15min, macam tu. maka, kalau ada sepuluh orang di hadapan, minima 2 jam kena tunggu. Jadi, waktu sebegini, pastikan korang ada buku untuk dibaca, atau teman untuk berbual (boleh tegur sesiapa sahaja di ruang menunggu tu), atau pergi makan di HospiCafe - Nasi Ayam dia best!
  12. Tapi kalau nak beredar ke mana-mana, tanya kat staff di kaunter tu dulu, kot-kot diorg nak ambil timbangan berat dan blood pressure kau dulu ke hapa. takut kang terlepas pula part tu.
  13. Bila nombor dipanggil, skrin nombor giliran akan beritahu nombor bilik pemeriksaan korang sekali, maka bolehlah masuk kawasan bilik pemeriksaan. Masuk je pintu bilik pemeriksaan tu, sebenarnya ada banyak lagi bilik-bilik kecil di dalam. Kesemuanya pintu tidak ditutup. Jadi korang boleh nampak doktor tengok cek orang kat dalam bilik-bilik tu. Waktu ni, kena pastikan korang ingat nombor bilik yang ingin dituju, ok.Ada je kemungkinan waktu korang dah sampai bilik pemeriksaan tu, masih ada pesakit lain dalam bilik tu. Ia normal. Maka tunggu sebentar sehingga orang sebelum itu keluar.
  14. Kes aku, kena buka tudung untuk doktor cek benjolan yang dimaksudkan. Kalau tak selesa, nampak macam ramai je orang lalu lalang kat koridor bilik pemeriksaan tu, boleh je minta supaya cek di sebalik tirai dan request staff nurse perempuan as chaperone, kalau doktor tu doktor lelaki (ni untuk pesakit perempuan la). Aku tak request, tapi kat bilik pemeriksaan tu ada la tampal maklumat-maklumat mengenai hak-hak pesakit ketika pemeriksaan, ni. So, jangan takut untuk meminta hak korang.
  15. Lepas checkup, doktor akan bagi arahan sama ada untuk jumpa nurse yang ada kat koridor untuk dapatkan tarikh appointment seterusnya dan checkup susulan yang perlu dibuat sekiranya ada.
  16. Jika tiada checkup susulan yang perlu dibuat pada hari itu juga, then you're free to go back.
  17. Maka, rutin checkup akan berulang kembali seperti di atas.
  18. Cuma, jikalau ada appointment untuk 'Darah', maka korang tak perlu ke kaunter pendaftaran, boleh direct je pergi kaunter darah. Untuk yang lain-lain macam x-ray / ultrasound, pergi mendaftar dulu, ya.
  19. Dekat Aras 4 pun ada kaunter pendaftaran. Macam kes aku, some appointment kena jumpa doktor bedah, maka, sampai-sampai hospital perlu ke mendaftar di kaunter pendaftaran Aras 4. 
  20. Di Klinik Bedah, ada beberapa bakul kad temujanji mengikut waktu yang tertulis kat kad pesakit. Jadi, masukkan ikut waktunya. contoh, temujanji pukul 9.30, maka masukkan dalam bakul 9-10pagi. Aku tak pasti sama ada nombor giliran diberi mengikut waktu temujanji, tapi aku dapati masa menunggu aku tidak terlalu lama jikalau di klinik bedah. Temujanji pukul 9.30, aku sampai pukul 9.20. Dapat jumpa doktor dalam kul 10. Setakat ni aku tak pernah try datang awal sangat-sangat berbanding waktu temujanji, maka aku tak pasti betul ke tak sangkaan aku ni. Jikalau ada sesiapa yang tahu, boleh la share, ye.
  21. Untuk yang perlu buat imaging (x-ray, mamogram, ultrasound), korang kena buat pendaftaran dahulu, then baru turun ke aras 2. Kat aras 2 pun kena daftar lagi, then barulah boleh pergi ke bahagian kaunter menunggu giliran mengikut jenis imaging yang diperlukan. Haritu aku kena buat ultrasound. Its a bit awkward sebab beberapa orang yang lain yang sedang menunggu di situ mostly adalah preggy mommies. Maka bertabah ajelah wahai jiwa yang diperhati dengan mata penuh tanda tanya kenapa aku berada di situ.
Ok, itu je sedikit sebanyak yang aku rasa nak kongsikan buat masa ini. Well, over the past 5 months, aku dah ulang-alik Klinik Pakar Hospital Selayang ni. Cek itu ini. Jawapan untuk segala kemusykilan aku pun dah terjawab. Indeed, something was wrong dengan benjolan di leher aku itu. Details pasal itu aku akan sambung cerita di entry berikutnya pula, ya.

Semoga ada yang mendapat manfaat dengan pendetailan di atas.

Sehingga bertemu lagi, insyaAllah.

Ulasan

nurazah berkata…
Terima kasih atas perkongsian sgt membantu

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin