Temujanji demi temujanji

-ini adalah sambungan kisah misteri sebelum ini

Alhamdulillah, setelah diberikan surat rujukan daripada GP (General practitioner) untuk ke Klinik pakar Hospital Selayang, aku diberikan tarikh temujanji yang pertama, sekitar Februari. Aku sungguh naif memikirkan bahawa proses untuk berjumpa pakar ini mudah. boleh rujuk entri saya yang sebelum ini untuk lihat prosesnya.

Dipendekkan cerita, saya akhirnya dapat berjumpa dengan doktor pakar endocrine buat kali yang pertamanya. Doktor lelaki. soalan yang dikemukakan lebih kurang dengan soalan yang dikemukakan oleh doktor di klinik ketika pemeriksaan pertama aku. somehow, i remember the answer scheme and answer accordingly. berdasarkan jawapan aku, dia nampak tenang dan merasakan tiada apa yang serius (mungkin tidak, tetapi ia kelihatan seperti itu dlm kaca mata aku pada waktu itu). Seperti biasa juga, soalan disusuli pemeriksaan fizikal. normal procedure. (Aku dah agak, maka aku mula pakai tudung instant je setiap kali pergi hospital). Dah rasa "lump" tersebut, doktor pun kata, "GP ni salah refer Puan pada endocrine, ni. patutnya refer Puan ke Surgical. takpe, nanti saya rujuk puan ke Surgical dan ultrasound untuk pemeriksaan lanjut. Lepas tu nanti baru kita jumpa lagi. puan boleh tunggu di luar sebentar,"

Selepas menanti beberapa ketika, nurse datang bagi balik kad pesakit beserta tarikh appointment darah dan endo yg sangat jauh jarak masanya serta surat rujukan dalaman hospital untuk rujuk aku ke Klinik Pakar Bedah dan jabatan X-Ray. Maka, berjalanlah aku ke Klinik Pakar Bedah di aras 4 bagi mendapatkan appointment date dengan Doktor pakar bedah pula. kemudian aku terus menuju aras 2 untuk ke jabatan xray bagi mendapatkan tarikh temujanji ultrasound, pula.

Fast forward 8x,
ketika perjumpaan dengan Doktor pakar bedah buat kali pertama, ada dua doktor. Doktor lelaki melayu yang kelihatan seperti masih baru dan doktor wanita. Setelah memahami bahawa ayah aku ada sejarah thyroid cancer dan sangat yakin something is wrong dengan kewujudan solid lump di leherku ini, mereka terus mengeluarkan "surat kebenaran" untuk sebarang operasi yang mungkin diperlukan. Aku dah cuak gila waktu tu. Dahlah taktahu sebab apa, dah kena sign² surat kebenaran, pula. huhu. but it was fine. bukannya kena terus bedah, pun. so i signed. hari yang sama, doktor suruh ke FNC lab. di aras 2 juga kalau tak silap. ke, aras 3, ntah. tak ingat exact location. tapi memang tersembunyi sikit tempat ni.

FNC lab ni kecil, je. the good thing was, tak perlu ambil giliran. hanya tekan loceng dan tunggu di kerusi yang ada. Lepas tu ada staff yang ambil kad / surat kejap untuk giliran, sehinggalah nama dipanggil. Sementara menunggu, aku duduk bersama seorang makcik ini bersama anaknya, baya lebih kurang aku juga. Mulalah bibit perkongsian cerita asbab perlu berada di situ. Selepas cerita hal aku, maka dia pun cerita hal anaknya. lump juga. area breast, tapinya. katanya, dia risau yang ia kanser payudara. sebelum ini dah pernah buang, tapi ni ada balik. Yang lebih epik, aku dikhabarkan mengenai kehebatan seorang "tok" ni yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit kanser secara perawatan tradisional dan "tok" ni kebetulannya akan datang ke kawasan selayang dalam masa terdekat ni untuk buat rawatan. makcik ni pun cadangkan agar aku turut join. jangan tidak, aku ambil je nombor fon "tok" tu, tapi sampai ke hari ini aku tak call pun. huhuhu.

ok, cerita pasal perawatan alternatif tidak mendatangkan minat dalam diri. Aku mula berfikir mengenai pemeriksaan yang akan dibuat di fnc lab itu. Dah sampai giliran, persoalanku terjawab. Dalam lab tu ada 2 orang je. sorang staff sibuk dengan microscope nya , dan seorang doktor lagi di sebalik langsir. looks so young but she's so skillful. ada katil kat situ. Aku diminta untuk berbaring dan bantal diletakkan di leher agar kawasan yang ada lump itu terdedah luas dan mudah dirasai. Posisi yang sangat tak selesa. Aku diajar bernafas dengan tenang dan diarah agar tidak menelan air liur sepanjang sesi tersebut. sebab apa? sebab sebatang jarum dicucuk ke bahagian bonjolan tersebut untuk mengambil sampel tisu bagi tujuan pemeriksaan.

Aku masih ingat perbualan mereka ketika mataku tidak berkedip melihat sinaran putih atap bilik tersebut,
"doktor nak guna jarum hijau atau biru, ye?"
"biru la. takut nanti tak cukup pula sampelnya"
entah berapa laju jantung berdegup waktu tu. aku tahu biru dan hijau tu merujuk kepada saiz jarum, ok. perasaan terbayangkan jarum mencucuk leher sangat tak best. Dah kena cucuk lagi la tak best. Lepas dicucuk, aku tak boleh bangun lagi. bila ditanya kenapa, aku diberitahu bahawa mereka perlu pastikan bawah microscope yang enough sample has been gathered for testing and analysis. berminit juga la menunggu. tak berhenti aku doa agar sampel tisu yang diambil sudah cukup. sebab apa? sebab jikalau sampel tidak mencukupi, bermaksud aku akan dicucuk lagi. Siapa yang nak dicucuk berkali-kali kalau sekali sudah mencukupi? Syukur doa dimakbulkan, sampel dah cukup dan aku boleh pulang.

next appointment selepas fnc was ultrasound. first time kena buat ultrasound dan ia bukan sebab mengandung! bilik ultrasound agak gelap. sebagai persiapan, nurse menemani aku di sebalik langsir dan arahan untuk buka tempat untuk diimbas , kemudian meletakkan tisu di keliling tempat imbasan. ini kerana, untuk buat ultrasound, sejenis gel akan disapu pada permukaan badan yang akan diimbas. Gel tu tak berbau, melekit mahupun berwarna - sekadar sejuk sahaja. Sementara menanti doktor, aku sempat mendengar perbincangan hebat beberapa orang yang giat menganalisis keputusan imbasan yang diambil bagi pesakit sebelum aku, mungkin. scary. they talked in detailed manner. walaupun aku tak belajar medic, aku fahamla sikit jargon in sciences, ni. terbayanglah juga anatomi manusia. i dont think doctors should talk openly about patient like that in front of another patient who was patiently waiting for her scanning session.

Anyway, kemudian ada doktor yang masuk dan mula mengimbas leherku. ketika diimbas, tiada rasa sakit atau tidak selesa. hanya seperti melalukan contouring face roller. Doktor ultrasound ni chinese muslim. senyap je dia sepanjang membuat imbasan. Aku nak ajak berborak pun takut. ye lah. dia imbas kat leher. kalau aku cakap, kang gerak² pula tempat imbasan itu. dahlah segala expectation aku untuk turut melihat gambar imbasan di skrin seperti wanita² mengandung melihat anak² mereka adalah tidak kesampaian. sesi itu juga sunyi sepi sahaja. bila dah siap, aku tanya doktor mengenai imbasan tersebut dan secara ringkasnya doktor kata, "benjolan puan tu confirm suspicious solid nodule. tapi lymph dan tempat lain semua ok. biopsi dah buat? kalau dah buat tunggu je nanti doktor cakap apa"

memang berteka teki betul doktor ni. maka sesi google la kemudian tu untuk fahamkan term² yang doktor cakap, dan educate myself pasal suspicious ultrasound, biopsy (biopsi) ataupun nama lainnya FNAC / FNC.

Berhari-hari google. even mula sejak jumpa benjolan itu lagi. belajar mengenal symptoms, inheretence of disease, possible diseases etc dari Dr.Google dan few other doctors/doctor-to-be starting to make myself ready dengan sebarang kemungkinan. Hanya beberapa orang je yang tahu betapa risaunya aku waktu ni. betapa aku spam whatsapp / telegram mereka untuk dapatkan penerangan ataupun sekadar bercerita untuk meringankan otak yang sedang stress. Bila result dah "suspicious", nak tak nak aku dah mula kena suspek yg negatif lebih supaya tak terkejut sangat.

Overall result diagnosis yang doktor bagitahu dekat appointment penentuan saya akan cover next entri.

psst: seriously dah tertidur ketika menaip ayat² akhir, tadi. nanti sambung lagi. selamat malam
posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin