Catatan

Selamatkah bagi sebagai pejuang kanser tiroid untuk hamil?

Lumrah sebagai wanita yang sudah berpasangan, pastinya mengimpikan zuriat dan keturunan sendiri, tidak kiralah kondisi sendiri dalam keadaan berjuang dengan penyakit kanser tiroid mahupun penyakit kronik yang lain. Sepanjang usia hampir 5 tahun usia perkahwinan dan hampir 7 tahun sebagai pejuang kanser tiroid, saya telah pun tempuhi beberapa fasa mengandung, keguguran, bersalin, berpantang dan menyusukan anak kecil, alhamdulillah. Sebagai seorang pejuang kanser tiroid, terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum merancang untuk hamil  1. Lengkapkan sesi rawatan radioactive iodine (RAI) ataupun sesi radiasi dan kuarantin terlebih dahulu.  Radiasi daripada rawatan RAI boleh menyebabkan kecacatan pada janin, meningkatkan risiko keguguran dan mencemarkan susu badan ibu. Sekiranya anda merancang untuk hamil, dapatkan pengesahan doktor bahawa anda tidak perlu lagi ulangi rawatan tersebut dalam masa satu atau dua tahun yang akan datang. 2. Jarakkan kandungan dari sesi RAI t

Start of Something New

 Alhamdulillah, selepas 7 tahun bekerja makan gaji di syarikat yang sama... saya berjaya meneguhkan pendirian diri untuk keluar dari comfort zone. Acapkali apabila menyatakan hasrat ingin berhenti kerja kepada orang lain, pasti akan ada soalan sebegini: - Apa plan seterusnya? - Ada masalah apa-apa ke yang menyebabkan ingin berhenti kerja? - Ada better offer, ke? Sejujurnya, being me, saya memang tak fikirkan plan. Saya hanya tahu yang sudah tiba masanya saya pergi dan I must go.  Masalah pekerjaan akan ada di mana-mana. Jika saya berhenti disebabkan masalah, itu bermakna saya sendiri yang bermasalah, kan? COVID yang melanda negara sudah tentu memberikan impak yang besar dalam keputusan saya ini. berbulan-bulan tertangguh keputusan disebabkan kerisauan ekonomi yang tidak menentu. Keputusan sebegini di waktu ini pastilah tidak mudah. Mental kena kuat. Terutamanya apabila saya memilih untuk bekerja sendiri selepas ini dan bukanlah makan gaji di tempat lain. Better offer dari company lain?

Dunia Wanita - Simptom tiroid

Imej
Ada ke yang tak larat baca penulisan saya mengenai simptom tiroid saya dahulu? Boleh rujuk video ni juga kalau nak tahu simptom kanser tiroid yang saya hadapi dulu, ya. Terbitan TV Pertiwi awal tahun hari tu sebelum perintah kawalan pergerakan Covid19

and so... I'm married

Imej
Got married after approximately 2 months++ of engagement, with RM 0 marriage savings. (nampak sangat macam tak pernah plan nak kahwin) Syukur alhamdulillah that everything went well; although some might not as per I imagined (and planned). Not to mentioned that my dad was admitted in the hospital few weeks before my wedding day; and my brother-in-law involved in an accident on his way to our wedding ceremony, causing 8 fractured and broken ribs. I can't thank enough to my family and friends who helped, mainly: - mom, for the lovely dresses, fresh flowers, additional catering menu and goodies, mastermind of house makeover and renovations, my consultant for almost everything - abang radhi, for the paperworks, catering negotiation & handling - papa, for being my Wali, looking over house renovations and repairs progress, meeting up with neighbours for permission to close the road for walimah purposes. - along, for the bedroom deco (together with abg firdaus and kak Wani

Aktiviti yang saya lakukan ketika KUARANTIN RAI

Gempar satu dunia dengan kewujudan novel coronavirus yang menyebabkan penyakit COVID-19. Di Malaysia pun, kerajaan sudah mengisytiharkan kawalan perjalanan, kan? Dengar aje perkataan 'kawalan', terus otak jem, kan? Huhuhu... tapi sejak disahkan kanser tiroid pada 2016 dulu, dah lima kali jugalah saya dikenakan kawalan wajib ini. Lagi ketat. Cuma tak panjang macam tempoh kuarantin COVID la. Sebelum nak cerita aktiviti yang saya lakukan ketika kuarantin, jom refresh dahulu syarat kuarantin saya yang juga dipanggil Kuarantin disebabkan RAI (radioactive iodine treatment/scan) ni. Antaranya: Tak boleh berada dekat dengan orang lain dalam lingkungan 1 meter. Dan tempoh duduk berhampiran pun tidak seharusnya melebihi 15minit. So, bersalaman, berpelukan, tidur sekatil, sebantal, duduk semeja dengan orang lain memang dilarang,lah. Tak boleh kongsi bilik air. Kalau kongsi, kena flush minima dua kali. Tak boleh ke tempat awam dan bergaul dengan orang ramai, lebih-lebih lagi i

Kehidupan 4 tahun selepas sah pesakit kanser tiroid

Sekitar Mei 2016 saya  disahkan sebagai pesakit kanser tiroid. Tapi itu kisah saya 4 tahun yang lalu. Banyak kisah suka duka menghadapi kehidupan sebagai pesakit kanser tiroid tetapi alhamdulillah, saya bersyukur Allah masih beri saya peluang untuk hidup sehingga hari ini. Walaupun dengan rutin baru iaitu  perlu makan ubat tiroid seumur hidup, selain daripada itu, kehidupanku sebenarnya berlalu seperti biasa. Tiada gangguan pada suaraku. Otot leher tak sakit macam lepas pembedahan da.cuma mungkin keganjilan yang sering berlaku sekarang ialah... Otot leher bagaikan cramp ketika menguap, terutama sekali sekiranya saya cuba cover / menahan diri daripada menguap. Pengambilan ubat secara teratur dengan dos yang betul perlu sentiasa diambil pilihan. Kadang-kadang  mood akan ke laut dalam kalau berhari-hari skip ubat ataupun makan ubat tanpa menjarakkan waktu dengan waktu sarapan. Kesihatan mental merupakan sesuatu yang sangat perlu saya jaga. Saya tak pasti jika ada kaitan dengan dosage ubat

Di antara dua alam?

Sejuk... Seluruh tubuhku kesejukan. Kucuba untuk mengiring ke kanan dan ke kiri. Gagal.. Tiba-tiba bahang haba dirasai dari tempat pembaringanku.  لا اله الا الله، محمد رسول الله Berulang kali kalimah thayyibah syahadah itu diungkapkan. Tidak jelas di bibir, namun jelas di hatiku.  'Sekiranya ini penghujung hayatku, biarlah is berakhir dengan penyaksianku itu.' bisik hati kecilku.  Fikiranku samar-samar. Pandanganku kabur. Aku tidak mampu mengingati di manakah keberadaanku ketika itu.  Kepala ditoleh ke kiri ke kanan.  Seluruh badan rimas tidak selesa terbaring di atas tilam berbalut kulit sentetik yang melekap di kulit belakang badanku.  Namun tiada satu pun anggota yang dapat kugerakkan selain kepalaku.  Dalam kesukaran, terbit kata-kata "Sakit.... Sakit...." Air mataku bergenang menahan kesakitan. Kedengaran suara balas, "Sakit di mana?"  "Ta... ngan..." Aku hanya menjawab lemah, sambil menoleh kepala ke kiri. Memberi signal tangan kiriku yang s