Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

Start of Something New

 Alhamdulillah, selepas 7 tahun bekerja makan gaji di syarikat yang sama... saya berjaya meneguhkan pendirian diri untuk keluar dari comfort zone. Acapkali apabila menyatakan hasrat ingin berhenti kerja kepada orang lain, pasti akan ada soalan sebegini: - Apa plan seterusnya? - Ada masalah apa-apa ke yang menyebabkan ingin berhenti kerja? - Ada better offer, ke? Sejujurnya, being me, saya memang tak fikirkan plan. Saya hanya tahu yang sudah tiba masanya saya pergi dan I must go.  Masalah pekerjaan akan ada di mana-mana. Jika saya berhenti disebabkan masalah, itu bermakna saya sendiri yang bermasalah, kan? COVID yang melanda negara sudah tentu memberikan impak yang besar dalam keputusan saya ini. berbulan-bulan tertangguh keputusan disebabkan kerisauan ekonomi yang tidak menentu. Keputusan sebegini di waktu ini pastilah tidak mudah. Mental kena kuat. Terutamanya apabila saya memilih untuk bekerja sendiri selepas ini dan bukanlah makan gaji di tempat lain. Better offer dari company lain?