Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Selamatkah bagi sebagai pejuang kanser tiroid untuk hamil?

Lumrah sebagai wanita yang sudah berpasangan, pastinya mengimpikan zuriat dan keturunan sendiri, tidak kiralah kondisi sendiri dalam keadaan berjuang dengan penyakit kanser tiroid mahupun penyakit kronik yang lain. Sepanjang usia hampir 5 tahun usia perkahwinan dan hampir 7 tahun sebagai pejuang kanser tiroid, saya telah pun tempuhi beberapa fasa mengandung, keguguran, bersalin, berpantang dan menyusukan anak kecil, alhamdulillah. Sebagai seorang pejuang kanser tiroid, terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum merancang untuk hamil  1. Lengkapkan sesi rawatan radioactive iodine (RAI) ataupun sesi radiasi dan kuarantin terlebih dahulu.  Radiasi daripada rawatan RAI boleh menyebabkan kecacatan pada janin, meningkatkan risiko keguguran dan mencemarkan susu badan ibu. Sekiranya anda merancang untuk hamil, dapatkan pengesahan doktor bahawa anda tidak perlu lagi ulangi rawatan tersebut dalam masa satu atau dua tahun yang akan datang. 2. Jarakkan kandungan dari sesi RAI t