Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin

Imej
Salam... Saja nak share info untuk yang nak datang HKL untuk RAI: - Bangunan Radiologi & Onkologi ni sebelah parking bertingkat HKL - Parking bertingkat ni boleh guna Touch N Go card, so tak perlu risau daily payment. Rate dia nanti saya jelingkan on the way balik, esok. - Datang awal pagi, kul 7.30pg klinik Nuklear dah dibuka. Saya sampai dalam kul 8.30pg, kul 11 camtu baru settle jumpa doktor dan dibawa ke wad iodin - Sila bawa kesemua ubat²an anda. Doktor akan tanya ubat apa yang kita makan, dan dia akan bagitahu apa yg perlu kita ambil / tidak waktu isolasi. - Waktu mendaftar pagi tu... beg letak je dalam kereta dulu. Dah masuk wad iodin, nurse akan bagi surat, suruh kita gi kaunter mendaftar masuk wad - Bangunan Kaca Hitam yang terletak di SEBELAH Kaunter saringan Jabatan Kecemasan. Serahkan GL di sini, kalau ada GL. (saya punya terbagi kat klinik nuklear waktu daftar pagi tu... maka sekarang ntah mana, terpaksa guna salinan sahaja nnti). Dah settle daftar,

Fokus kepada penyembuhan

Imej
Sejak selepas operation thyroid, aku meningkatkan lagi usaha mencari rujukan / support group untuk kes-kes seperti aku. Untuk itu, aku berjaya menjumpai beberapa blog dan facebook page yang berkenaan. Antara yang menarik dan selalu dikemaskini ialah "Thyroid Nation" dan "Thyroid Cancer Survivors". Walau bagaimanapun, kedua²nya adalah US-based. Aku bukannya nak racists atau memilih, tetapi kadang² isinya agak /off/ sikit daripada jiwa ini. Namun begitu, akhirnya aku terserempak dengan blog milik K.Pah @ Sharifah (orang Malaysia) yang turut mengalami masalah thyroid. Daripada blog, wujud pula closed group FB bernama "TIROID DAN ANDA" untuk pesakit-pesakit yang sedang / pernah mengalami masalah tiroid - hipo / hyper / kanser / apa² yang berkaitan. Sejak bersama² group tersebut, banyak perkara dan keraguan mengenai penyakit yang dialami dapat dirungkai. Malah, aku tidak rasa bersalah apabila simptom² menjelma. A short shoutout and others will give feedba

it is just that...

Imej
“They say love is blind. I disagree. Infatuation is blind. Love is all-seeing and accepting. Love is seeing the flaws and blemishes and accepting them. Love is accepting the bad habits and mannerisms, and working around them. Love is recognizing all the fears and insecurities, and knowing your role is to comfort. Love is working through all the challenges and painful times. Infatuation is fragile and will shatter when life is not perfect. Love is strong, and it strengthens because it's real.” Lynn Massyn posted from Bloggeroid

Bye insomnia~

Ingatkah lagi kisah diri ini yang mengalami masalah tidur malam tapi keputusan level hormon thyroid normal? Dengan mengikut pengalaman warga Fb page "Thyroid Cancer Survivor", random thyroid discussion thread di alam maya, dan nasihat housemates yang berkhidmat sebagai pegawai farmasi, saya telah pun mengubah pengambilan levothyroxine kepada waktu tengah malam, sebelum tidur. hasilnya? Alhamdulillah, tiada lagi moment tidur pukul 3-4 pagi. pukul 10.48 pm macam sekarang pun dah mula mengantuk. the only struggle with this new routine is to make sure i have dinner before 9pm (max). Sebab apa? sebab ubat mesti dimakan ketika perut kosong. biasanya minima 2 jam selepas makan - selepas semua makanan dah dihadam. memandangkan pukul 11 lebih dah nak tidur, maka mestilah makan ubat sebelum itu, ye tak? apapun, ini adalah pemangkin untuk diri ini lebih berdisiplin tidak makan lewat malam yang sudah tentunya tidak bagus untuk kesihatan. p/s: starting next week kena puasa levot

Aku, Touch n Go dan KTM

Hari ini merupakan pagi yang indah buatku. Aku berjaya bangun tanpa rasa grumpy yang teruk, kerana semalam berjaya melelapkan diri pada sekitar jam 2 pagi. Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu betapa aku rasa nak campak sahaja handphone aku di subuh hari disebabkan bunyi penggera dan skrin yang tak sensitif walau sudah berkali-kali aku slide skrinnya. Syukur juga ada sahabat yang membantu mengejutkanku. Permulaan pagi yang baik disusuli dengan perjalanan ke KTM yang kurasa sungguh menenangkan, walaupun kereta agak banyak hari ini. Siap singgah beli sarapan, lagi. Namun begitu, saat aku menyentuh kad touch n go aku ke pengimbas di KTM Batu Caves dan bersedia untuk turun ke platform, aku mendapati mesej "...penalti..." tertera di pengimbas. Ok, biasanya memang aku tak tengok skrin pengimbas tu sangat sebab aku memang sentiasa yakin dan pasti kad aku ada kredit. Maka, apabila mesej seperti itu tertera, aku tahu apa yang berlaku. Aku terbawa-bawa kerianganku sehinggakan aku

Workout

Imej
Sebabkan selalu sangat tak dapat tidur, hari ini cuba mengaktifkan diri lebih sikit. Dah alang-alang malas balik rumah awal dan menghadap trafik serta orang ramai. Untungnya, aku memang simpan sepasang pakaian sukan di ofis. Just grab and go. Free aje pun kat gym di ofis ni. Rekod hari ini: 1.6+ km berjalan kaki di treadmill dalam masa 25min. heart rate between 120-150bpm. lebih kurang lah. maaa, berhenti sebab tangan terhentak di wayar emergency yang menyebabkan mesin terhenti. haha. malas nak start all over again. then, duk relax pusing² kaki kat mesin ala² berbasikal, tak tahu apa namanya... yang tu for another 10minutes or so, jarak sejauh 1km+ Disebabkan lunch tadi lepas makan lupa nak makan ubat kalsium yang doktor bagi, maka impaknya sampai sekarang kaki kebas², walaupun dah telan kalsium + alphacalcidol sejam yang lepas, sejurus selepas habis exercise tadi. Sekarang pula mata rasanya mengalami kesan berbalik berbanding apa yang diidamkan. mata dan badan kini lebih se

mondays blues

Imej
Monday's Blues went to clinic the other day, since i couldn't sleep for God knows how many days, thyroid level is okay, said my doc last Friday, but why am i feeling crap day by day? solid data is what i need to back what i say, as science student i know that at least, okay? so i gave up and let myself away, adapting myself again in "normal" way, but i couldn't help my mental today,like my mind about to blow everywhere... please please please... how could I work today? #mondaysblues #mentalhealth #hyperthyroidism #hypothyroidism #thyroid #thyroidcancer #thyca #thyroiddisease #instablog posted from Bloggeroid

Biological clock

Imej
Patients with thyroid issues will definitely know the struggle of keeping awake and appreciate a good night sleep when we really need it. Problem is, we could not control it. This past week, i could only sleep earliest at 2am. even if i managed to sleep early (before 11pm), it doesn't last long before i need to repeat the whole sleeping cycle steps again. thanks to that, i felt extremely tired and sleepy the whole day - even if I got uninterrupted prolonged sleep might. some days, my muscles too, are protesting against my daily routine. i have no energy to even wake up and go to work. hence i sleep in the day. However, no matter how much I sleep in the daytime, I won't feel refresh. Having my biological going haywire is no fun. sleep has always been my favourite past time activity. inability to control it is really depressing. So since I could not sleep at midnight yesterday, I have some reading about biological clock. Seems like our body is controlling the "awake

Unexpected motivation

I came across a dialogue in "Sydney White" movie as per below, /A: Why do you keep one writing that blog? No one is reading it anyway/ /B: "The Punisher" isn't about being read. It is about being written/ /(ps: the dialogue might not be exact- but that was what I remembered)/ Well, somehow it does gives me some kind of motivation to keep on writing in this little world of mine. Even though lots of craps since my college years has been hidden from public view, I'll forever keep it safe for my own tale. All those colorful youthful memories. no matter how embarrassing it might be, those are things that builds me. As long as I'm learning from the experiences, then I'll grow for sure. Undoubtedly it is also a good source of self motivation when I'm going through hard times that no one seems to understand. Hardship will always comes. Bigger day by day. But when I turned back, it seems that everything looks trial. Just another proof that ha

Post-ops followup

Imej
Alkisah post-ops followup checkup. the most 'eventful' appointment so far. Since I was discharged on Saturday, when the Specialist Clinic is closed, so a nurse said that she'll call on the following Monday to set the appointment. Waiting on Monday, no one called. On Tuesday, a nurse called and tried to give me an appointment date, before she excused herself saying she overlook that i might need another appointment a day before the scheduled date to get my blood sample taken. So she said she will call again in 5-10 minutes to give the dates. 10 minutes later, 10 hours later, nobody called. A day or two later, someone called at 11.53PM (yeah, i typed it right - P.M.) informing that checkup is scheduled on 28th (thankfully i'm still awake! i was about to sleep at that time). When i asked about the appointment for bloodtest, she said it is not needed. 27th July, night. Dad got terribly sick. Brothers of mine rushed him to the hospital. mom and me at home could

Chiangmai... Art in Paradise

Imej
24 April - 30 April yang lepas, aku, mae (mak aku), dan Aisyah Hijazi telah selamat ke Chiangmai, Thailand dengan menaiki penerbangan AirAsia dan tinggal di Lanna Thai Guesthouse yang ditempah menerusi AirAsiaGo. Beli pakej lengkap flight + hotel + airport transfer. Secara kasar, seorang bayar kurang dari RM600 untuk 3 perkara di atas. uhm, ok. tujuan aku sebenarnya bukannya nak kisah macam mana nak pergi bercuti di chiangmai secara bajet, tapi sekadar nak kongsi pengalaman pulang ke kampung halaman mae. Cuma alang-alang aku mention sekali la pricing mana yang aku ingat. Macam-macam background trip ini. Firstly, dapat bonus, katanya. Stress kerja, alasan juga. Nak utilize compulsory leave sebelum rasa bersalah perlu cuti panjang untuk menerima apa-apa rawatan, antaranya. (pls note yang waktu decide nak holiday tu, aku dah mula penuhi temujanji dengan pakar tapi masih belum conclusive lagi keputusan ujiannya). So, harapan dapat enjoy before terima takdir yang mungkin menakutkan p

Aku dan kanser tiroid

Imej
*Apa itu tiroid?* Tiroid ialah satu kelenjar berbentuk seakan-akan rama-rama yang terletak di hadapan leher kita dan melekat di salur pernafasan, bawah sikit daripada kotak suara. fungsi utamanya ialah untuk menukarkan iodine daripada makanan yang kita ambil kepada hormon yang mengawal fungsi metabolisma badan seperti kadar degupan jantung, kadar pembakaran sumber tenaga dalam badan, mengawalselia suhu dalam badan, kadar pencernaan makanan, kekerapan menstruasi bagi wanita, dan pelbagai fungsi penting yang lain. Anatomi kelenjar tiroid .  Sumber : WebMD http://www.webmd.com/women/picture-of-the-thyroid *Apa itu kanser tiroid?* Secara ringkasnya, kanser tiroid ataupun thyroid cancer ialah suatu penyakit yang mana sel-sel yang berada di kelenjar tiroid berkembang biak secara berlebihan dan tidak terkawal. Perkara ini selalunya menghasilkan ketumbuhan di dalam kelenjar tiroid. jikalau tidak dibendung, ia akan membesar dan berpotensi untuk berpindah daripada kelenjar asal ke

hari ini...

dikejut dengan degupan jantung yg amat pantas. pagi tadi makan levothyroxine dan tertidur sementara menunggu waktu untuk makan... akhirnya terjaga sebab jantung berdegup pantas dengan tiba-tiba. inikah irregular heartbeat? #journal #nota #kesihatan #hiduptanpatiroid posted from Bloggeroid

that feeling....

that feeling when hunger strikes you early in the morning when you wakes up but... ops, you haven't had your levothyroxine yet! ok, where's my med? coz i'm hungry and i don't wanna delay my breakfast for another... hour psssst: i forgot to spread my med and breakfast the other day and i noticed that I got elevated hypothyroid symptoms that whole day posted from Bloggeroid

Hati Pesakit

Aku selalu diberitahu bahawa hati seorang pesakit itu sangat sensitif. Sebagai seorang yang sentiasa dilabel "tiada perasaan", aku selalu menganggap bahawa perasaan sensitif itu merupakan hal yang kecil sahaja. namun perkara itu berubah bilamana aku sendiri kini menjadi seorang pesakit barah secara rasminya. tidak dapat dinafikan, segala perkara kecil boleh menjadi besar. apabila aku mengkhabarkan berita ini kepada sahabat yang terdekat,

Bethesda Category type VI

Imej
Seperti yang dinukilkan dalam entri "Temujanji demi temujanji" sebelum ini, temujanji selepas ultrasound check ini merupakan temujanji penentuan yang memberi konklusi terhadap kesemua ujian dan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap aku. Setelah ultrasound menunjukkan ia adalah suspicious thyroid nodule, aku kini pasti yang ia ialah sejenis tumor pada tiroid aku. Back to basics, all sciences students (or former sciences students macam aku) semestinya tahu bahawa tumor boleh diklasifikasikan sebagai "benign" dan "malignant", yang mana benign type tidak begitu merbahaya kerana ia tidak merebak ke tisu lain, tetapi tetap berpotensi menjadi malignant; manakala malignant itu menunjukkan bahawa tumor tersebut jenis yang merebak ke tisu lain dan nama glamour dia sangat ditakuti orang ramai - yup, Kanser. Maka bermulalah expedisi di alam maya untuk mendalami Thyroid Cancer. Kalau ikutkan, kurang dari 10% kes thyroid tumor ialah kanser. Agak melegakan bila

Temujanji demi temujanji

-ini adalah sambungan kisah misteri sebelum ini Alhamdulillah, setelah diberikan surat rujukan daripada GP (General practitioner) untuk ke Klinik pakar Hospital Selayang, aku diberikan tarikh temujanji yang pertama, sekitar Februari. Aku sungguh naif memikirkan bahawa proses untuk berjumpa pakar ini mudah. boleh rujuk entri saya yang sebelum ini untuk lihat prosesnya. Dipendekkan cerita, saya akhirnya dapat berjumpa dengan doktor pakar endocrine buat kali yang pertamanya. Doktor lelaki. soalan yang dikemukakan lebih kurang dengan soalan yang dikemukakan oleh doktor di klinik ketika pemeriksaan pertama aku. somehow, i remember the answer scheme and answer accordingly. berdasarkan jawapan aku, dia nampak tenang dan merasakan tiada apa yang serius (mungkin tidak, tetapi ia kelihatan seperti itu dlm kaca mata aku pada waktu itu). Seperti biasa juga, soalan disusuli pemeriksaan fizikal. normal procedure. (Aku dah agak, maka aku mula pakai tudung instant je setiap kali pergi hospital).

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Imej
Jika korang ada mengikuti posts aku yang sebelum ini, aku ada menyatakan bahawa doktor klinik rujuk aku ke Klinik Pakar Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kekecewaan tiada panduan / perkongsian pengalaman yang jelas di ruang maya ini membuatkan aku terpanggil untuk menulis panduan ini. Tak formal, tapi ia berdasarkan apa yang aku alami. Sila maafkan aku jikalau urutannya carca marba dan terlalu bercampur-aduk - I am a random person, after all. Untuk berjumpa doktor pakar di Hospital Selayang, sila bawa surat rujukan yang diberikan doktor ke Klinik Pakar di Hospital Selayang (HS) Klinik Pakar di HS terletak di aras 3 dan 4. Pintu utamanya tidak sama dengan pintu utama HS, walaupun ia sama besar dan boleh dikira sebagai bersebelahan. Kalau berjalan kaki dari arah jalan utama masuk ke Hospital Selayang, simpang pertama untuk ke unit kecemasan, simpang kedua adalah untuk ke Klinik Pakar, Simpang ketiga untuk Lobi Utama dan wad-wad (ada Hospi-Mart kat sini), simpang ke-emp

1st Checkup

Imej
Dalam post sebelum ini, aku menyatakan bahawa 2015 merupakan tahun yang menyebalkan minda dengan kesihatan yang tidak menentu sehinggalah aku mendapati leherku bagaikan membengkak tetapi tidak sakit. Aku mengendahkan bengkak tersebut kerana menyangka ia ialah perkara normal yang berlaku ketika demam tetapi peliknya, aku dapati ia kekal membengkak walaupun demamku sudah kebah. Merasakan sesuatu tidak kena, aku merajinkan diri ke klinik swasta yang berhampiran dengan office. Seperti biasa, jikalau berjumpa doktor, pastinya doktor akan bertanya pelbagai soalan untuk membuat inferens/diagnosis mengenai penyakit yang dihadapi. Apabila aku melaporkan mengenai kewujudan bengkak / benjolan yang tak surut-surut di leherku, berikut merupakan antara soalan yang ditanya:

Prologue

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, sekarang dengan rasa redha dan pasrah, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak kisah yang disimpan seorang sejak setengah tahun yang lalu, sebagai coretan untuk dikenang saat tua atau hilang ingatan (nauzubillahminzalik), mahupun peringatan dan panduan untuk sesiapa yang mungkin mengalami masalah sama 2015 Ia merupakan tahun yang agak depressing untukku. Aku menghadapi dugaan besar pertama dalam kerjayaku. Salah satu projek yang diamanahkan mengalami masalah dan aku tidak mampu menangani masalah tersebut. Projek tidak berganjak. Tekanan bertambah-tambah. Bersalah, malu, segala perasaan negatif mula datang bertimpa-timpa. //The deeper I am, the harder for me to reach people out.//

Random Quote

“No one falls in love by choice, it is by chance. No one stays in love by chance, it is by work. And no one falls out of love by chance, it is by choice.” Read more: http://m.huffpost.com/us/entry/6039412.html?ir=Good+News&section=us_good-news& -- Someday. Someone.