Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin

Imej
Salam... Saja nak share info untuk yang nak datang HKL untuk RAI: - Bangunan Radiologi & Onkologi ni sebelah parking bertingkat HKL - Parking bertingkat ni boleh guna Touch N Go card, so tak perlu risau daily payment. Rate dia nanti saya jelingkan on the way balik, esok. - Datang awal pagi, kul 7.30pg klinik Nuklear dah dibuka. Saya sampai dalam kul 8.30pg, kul 11 camtu baru settle jumpa doktor dan dibawa ke wad iodin - Sila bawa kesemua ubat²an anda. Doktor akan tanya ubat apa yang kita makan, dan dia akan bagitahu apa yg perlu kita ambil / tidak waktu isolasi. - Waktu mendaftar pagi tu... beg letak je dalam kereta dulu. Dah masuk wad iodin, nurse akan bagi surat, suruh kita gi kaunter mendaftar masuk wad - Bangunan Kaca Hitam yang terletak di SEBELAH Kaunter saringan Jabatan Kecemasan. Serahkan GL di sini, kalau ada GL. (saya punya terbagi kat klinik nuklear waktu daftar pagi tu... maka sekarang ntah mana, terpaksa guna salinan sahaja nnti). Dah settle daftar,