Kehidupan 4 tahun selepas sah pesakit kanser tiroid

Sekitar Mei 2016 saya  disahkan sebagai pesakit kanser tiroid.

Tapi itu kisah saya 4 tahun yang lalu.

Banyak kisah suka duka menghadapi kehidupan sebagai pesakit kanser tiroid tetapi alhamdulillah, saya bersyukur Allah masih beri saya peluang untuk hidup sehingga hari ini.

Walaupun dengan rutin baru iaitu  perlu makan ubat tiroid seumur hidup, selain daripada itu, kehidupanku sebenarnya berlalu seperti biasa.

Tiada gangguan pada suaraku. Otot leher tak sakit macam lepas pembedahan da.cuma mungkin keganjilan yang sering berlaku sekarang ialah... Otot leher bagaikan cramp ketika menguap, terutama sekali sekiranya saya cuba cover / menahan diri daripada menguap.

Pengambilan ubat secara teratur dengan dos yang betul perlu sentiasa diambil pilihan. Kadang-kadang  mood akan ke laut dalam kalau berhari-hari skip ubat ataupun makan ubat tanpa menjarakkan waktu dengan waktu sarapan.

Kesihatan mental merupakan sesuatu yang sangat perlu saya jaga. Saya tak pasti jika ada kaitan dengan dosage ubat, tapi ya, kadang-kadang terasa murung, kadang -kadang macam hebat semacam semua benda boleh buat 😌

Hormon perempuan usah cerita. Dari awal sebelum tau sakit tiroid memang period tak regular. Lepas makan ubat, agak regular semula.cumanya, jika berat badan naik, mula la haru balik. Doktor bagi ubat perancang untuk aturkan semula.lepas stop... Berbulanlah period tak kunjung tiba sudah.

Memandangkan sekarang dah ada laki, of course antara perkara yang orang akan tanya ialah Journey  ttc.

Ttc sebagai pesakit kanser tiroid?

Doktor kata,asalkan makan ubat, hormon tiroid dalam range normal, maka masalah tiroid tak sepatutnya menjadi isu / penyebab tak boleh pregnant atau mengganggu perkembangan janin.

Alhamdulillah, tahun lepas berjaya hamil dua kali tapi kedua-duanya gugur sebelum mencecah 12 minggu. Sebab apa gugur?jangan tanya sebab saya pun tak tahu.doktor pun tak tahu. Kuasa  Allah. Tak sempat pun jadi janin yg ada heart beat. 

Yang bestnya, sekarang appointment doktor dalam 4-6 bulan sekali je.tanda keadaan dan agak stabil dan doktor tak perlu pantau selalu. Yang tak bestnya, kat appointment pun entah hilang ke mana! 

Ops,, ya . Antara kesan penyakit tiroid. Mudah lupa juga kadang tu. Kena buat  reminder sana sini. Haha.

Alam pekerjaan? Work as usual, alhamdulillah. Malah, saya sekarang turut buat perniagaan sampingan frame kanvas, shopee, dropship barang Thailand dan China, on Off ejen takaful, dropship kain  pasang, tudung sarung serbaguna Deendascarf  dan  macam -macam lah! Kalau cakap yang ni, tak selesai perkongsian sekarang kang  ðŸ¤£ korang browse ajelah sini shopee.com.my/hawaa.latip dan  fb.com/hawa5858 

Apa lagi aspek kehidupan yang anda nak tahu ya?

Nanti drop soalan,ya. InsyaAllah, saya akan cuba jawab dalam entry seterusnya jika memerlukan penjelasan mendalam.

Sini dahulu. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin