Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Chiangmai... Art in Paradise

Imej
24 April - 30 April yang lepas, aku, mae (mak aku), dan Aisyah Hijazi telah selamat ke Chiangmai, Thailand dengan menaiki penerbangan AirAsia dan tinggal di Lanna Thai Guesthouse yang ditempah menerusi AirAsiaGo. Beli pakej lengkap flight + hotel + airport transfer. Secara kasar, seorang bayar kurang dari RM600 untuk 3 perkara di atas. uhm, ok. tujuan aku sebenarnya bukannya nak kisah macam mana nak pergi bercuti di chiangmai secara bajet, tapi sekadar nak kongsi pengalaman pulang ke kampung halaman mae. Cuma alang-alang aku mention sekali la pricing mana yang aku ingat. Macam-macam background trip ini. Firstly, dapat bonus, katanya. Stress kerja, alasan juga. Nak utilize compulsory leave sebelum rasa bersalah perlu cuti panjang untuk menerima apa-apa rawatan, antaranya. (pls note yang waktu decide nak holiday tu, aku dah mula penuhi temujanji dengan pakar tapi masih belum conclusive lagi keputusan ujiannya). So, harapan dapat enjoy before terima takdir yang mungkin menakutkan p

Aku dan kanser tiroid

Imej
*Apa itu tiroid?* Tiroid ialah satu kelenjar berbentuk seakan-akan rama-rama yang terletak di hadapan leher kita dan melekat di salur pernafasan, bawah sikit daripada kotak suara. fungsi utamanya ialah untuk menukarkan iodine daripada makanan yang kita ambil kepada hormon yang mengawal fungsi metabolisma badan seperti kadar degupan jantung, kadar pembakaran sumber tenaga dalam badan, mengawalselia suhu dalam badan, kadar pencernaan makanan, kekerapan menstruasi bagi wanita, dan pelbagai fungsi penting yang lain. Anatomi kelenjar tiroid .  Sumber : WebMD http://www.webmd.com/women/picture-of-the-thyroid *Apa itu kanser tiroid?* Secara ringkasnya, kanser tiroid ataupun thyroid cancer ialah suatu penyakit yang mana sel-sel yang berada di kelenjar tiroid berkembang biak secara berlebihan dan tidak terkawal. Perkara ini selalunya menghasilkan ketumbuhan di dalam kelenjar tiroid. jikalau tidak dibendung, ia akan membesar dan berpotensi untuk berpindah daripada kelenjar asal ke

hari ini...

dikejut dengan degupan jantung yg amat pantas. pagi tadi makan levothyroxine dan tertidur sementara menunggu waktu untuk makan... akhirnya terjaga sebab jantung berdegup pantas dengan tiba-tiba. inikah irregular heartbeat? #journal #nota #kesihatan #hiduptanpatiroid posted from Bloggeroid

that feeling....

that feeling when hunger strikes you early in the morning when you wakes up but... ops, you haven't had your levothyroxine yet! ok, where's my med? coz i'm hungry and i don't wanna delay my breakfast for another... hour psssst: i forgot to spread my med and breakfast the other day and i noticed that I got elevated hypothyroid symptoms that whole day posted from Bloggeroid

Hati Pesakit

Aku selalu diberitahu bahawa hati seorang pesakit itu sangat sensitif. Sebagai seorang yang sentiasa dilabel "tiada perasaan", aku selalu menganggap bahawa perasaan sensitif itu merupakan hal yang kecil sahaja. namun perkara itu berubah bilamana aku sendiri kini menjadi seorang pesakit barah secara rasminya. tidak dapat dinafikan, segala perkara kecil boleh menjadi besar. apabila aku mengkhabarkan berita ini kepada sahabat yang terdekat,

Bethesda Category type VI

Imej
Seperti yang dinukilkan dalam entri "Temujanji demi temujanji" sebelum ini, temujanji selepas ultrasound check ini merupakan temujanji penentuan yang memberi konklusi terhadap kesemua ujian dan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap aku. Setelah ultrasound menunjukkan ia adalah suspicious thyroid nodule, aku kini pasti yang ia ialah sejenis tumor pada tiroid aku. Back to basics, all sciences students (or former sciences students macam aku) semestinya tahu bahawa tumor boleh diklasifikasikan sebagai "benign" dan "malignant", yang mana benign type tidak begitu merbahaya kerana ia tidak merebak ke tisu lain, tetapi tetap berpotensi menjadi malignant; manakala malignant itu menunjukkan bahawa tumor tersebut jenis yang merebak ke tisu lain dan nama glamour dia sangat ditakuti orang ramai - yup, Kanser. Maka bermulalah expedisi di alam maya untuk mendalami Thyroid Cancer. Kalau ikutkan, kurang dari 10% kes thyroid tumor ialah kanser. Agak melegakan bila

Temujanji demi temujanji

-ini adalah sambungan kisah misteri sebelum ini Alhamdulillah, setelah diberikan surat rujukan daripada GP (General practitioner) untuk ke Klinik pakar Hospital Selayang, aku diberikan tarikh temujanji yang pertama, sekitar Februari. Aku sungguh naif memikirkan bahawa proses untuk berjumpa pakar ini mudah. boleh rujuk entri saya yang sebelum ini untuk lihat prosesnya. Dipendekkan cerita, saya akhirnya dapat berjumpa dengan doktor pakar endocrine buat kali yang pertamanya. Doktor lelaki. soalan yang dikemukakan lebih kurang dengan soalan yang dikemukakan oleh doktor di klinik ketika pemeriksaan pertama aku. somehow, i remember the answer scheme and answer accordingly. berdasarkan jawapan aku, dia nampak tenang dan merasakan tiada apa yang serius (mungkin tidak, tetapi ia kelihatan seperti itu dlm kaca mata aku pada waktu itu). Seperti biasa juga, soalan disusuli pemeriksaan fizikal. normal procedure. (Aku dah agak, maka aku mula pakai tudung instant je setiap kali pergi hospital).

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Imej
Jika korang ada mengikuti posts aku yang sebelum ini, aku ada menyatakan bahawa doktor klinik rujuk aku ke Klinik Pakar Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kekecewaan tiada panduan / perkongsian pengalaman yang jelas di ruang maya ini membuatkan aku terpanggil untuk menulis panduan ini. Tak formal, tapi ia berdasarkan apa yang aku alami. Sila maafkan aku jikalau urutannya carca marba dan terlalu bercampur-aduk - I am a random person, after all. Untuk berjumpa doktor pakar di Hospital Selayang, sila bawa surat rujukan yang diberikan doktor ke Klinik Pakar di Hospital Selayang (HS) Klinik Pakar di HS terletak di aras 3 dan 4. Pintu utamanya tidak sama dengan pintu utama HS, walaupun ia sama besar dan boleh dikira sebagai bersebelahan. Kalau berjalan kaki dari arah jalan utama masuk ke Hospital Selayang, simpang pertama untuk ke unit kecemasan, simpang kedua adalah untuk ke Klinik Pakar, Simpang ketiga untuk Lobi Utama dan wad-wad (ada Hospi-Mart kat sini), simpang ke-emp

1st Checkup

Imej
Dalam post sebelum ini, aku menyatakan bahawa 2015 merupakan tahun yang menyebalkan minda dengan kesihatan yang tidak menentu sehinggalah aku mendapati leherku bagaikan membengkak tetapi tidak sakit. Aku mengendahkan bengkak tersebut kerana menyangka ia ialah perkara normal yang berlaku ketika demam tetapi peliknya, aku dapati ia kekal membengkak walaupun demamku sudah kebah. Merasakan sesuatu tidak kena, aku merajinkan diri ke klinik swasta yang berhampiran dengan office. Seperti biasa, jikalau berjumpa doktor, pastinya doktor akan bertanya pelbagai soalan untuk membuat inferens/diagnosis mengenai penyakit yang dihadapi. Apabila aku melaporkan mengenai kewujudan bengkak / benjolan yang tak surut-surut di leherku, berikut merupakan antara soalan yang ditanya:

Prologue

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, sekarang dengan rasa redha dan pasrah, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak kisah yang disimpan seorang sejak setengah tahun yang lalu, sebagai coretan untuk dikenang saat tua atau hilang ingatan (nauzubillahminzalik), mahupun peringatan dan panduan untuk sesiapa yang mungkin mengalami masalah sama 2015 Ia merupakan tahun yang agak depressing untukku. Aku menghadapi dugaan besar pertama dalam kerjayaku. Salah satu projek yang diamanahkan mengalami masalah dan aku tidak mampu menangani masalah tersebut. Projek tidak berganjak. Tekanan bertambah-tambah. Bersalah, malu, segala perasaan negatif mula datang bertimpa-timpa. //The deeper I am, the harder for me to reach people out.//