Prologue

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, sekarang dengan rasa redha dan pasrah, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak kisah yang disimpan seorang sejak setengah tahun yang lalu, sebagai coretan untuk dikenang saat tua atau hilang ingatan (nauzubillahminzalik), mahupun peringatan dan panduan untuk sesiapa yang mungkin mengalami masalah sama

2015
Ia merupakan tahun yang agak depressing untukku. Aku menghadapi dugaan besar pertama dalam kerjayaku. Salah satu projek yang diamanahkan mengalami masalah dan aku tidak mampu menangani masalah tersebut. Projek tidak berganjak. Tekanan bertambah-tambah. Bersalah, malu, segala perasaan negatif mula datang bertimpa-timpa.

//The deeper I am, the harder for me to reach people out.//



Aku mula sakit, demam, depresi. Aku mula membenci pekerjaan yang aku lakukan. Semua ini menyebabkan aku super Penat. Berfikir untuk berhenti, sambung belajar, pindah arah lagi. Tapi memandangkan kehidupan personal sendiri pun tak stabil - tak ada simpanan kewangan, tak ada sponsor peribadi, ikatan kerja, status kerja tetap di syarikat yang beri banyak manfaat kepada pekerjanya, komitmen bayar rumah dan kereta, serta macam-macam lagi yang membelengu, aku tetap perlu mengikat kaki dengan pekerjaan yang ada.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan dengan berita boss aku yang bakal meninggalkan syarikat dan boss lain akan mengambil tugasnya. Bagaikan suatu rahmat dari Allah, boss baru memindahkan aku ke unit jagaannya yang lebih sesuai dengan jiwa aku - IT related job. So kerja lama yang membelenggu mula hilang dari bebanan fikiran.

Aku fikir aku mampu untuk larikan diri dari cycle tekanan yang aku hadapi, tetapi , rupanya tidak!

Tugasan di bahagian sistem tidak semudah yang disangka. Aku dapat mentor yang sangat strict. Memandangkan dia sedang mengandung dan bakal bercuti dalam masa beberapa bulan lagi, maka aku perlu belajar sebanyak yang mungkin agar dapat menggantikan tugasnya sepanjang ketiadaannya. Aku mempunyai satu masalah besar iaitu aku kurang bertanya. Aku fikir aku sudah faham tetapi hasil pekerjaanku menunjukkan aku tidak faham! akhirnya aku perlu mengulangi perkara yang sama beberapa kali, di bawah tekanan yang kurasakan agak tinggi.

So keadaan kesihatanku tidak menunjukkan peningkatan. Aku masih kerap demam. mc semakin banyak. berbanding dengan 2013 dan 2014, memang nampak peningkatan jumlah mc yang diambil.

Pada suatu ketika, aku mulai saat aku demam berserta batuk, aku perasan leherku bagaikan bengkak sedikit di sebelah kerongkong. Bagai ada sesuatu melekat di leher. Ia tidak sakit tetapi boleh dirasai kewujudannya. Soal jawab bersama rakan-rakan yang bekerja sebagai doktor mengatakan ia adalah perkara biasa untuk leher membengkak ketika demam / batuk.

Merasa lega, maka aku pun tidak mengendahkannya lagi sehinggalah....

(Bersambung di post seterusnya)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin