Aku, Touch n Go dan KTM
Hari ini merupakan pagi yang indah buatku. Aku berjaya bangun tanpa rasa grumpy yang teruk, kerana semalam berjaya melelapkan diri pada sekitar jam 2 pagi. Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu betapa aku rasa nak campak sahaja handphone aku di subuh hari disebabkan bunyi penggera dan skrin yang tak sensitif walau sudah berkali-kali aku slide skrinnya. Syukur juga ada sahabat yang membantu mengejutkanku. Permulaan pagi yang baik disusuli dengan perjalanan ke KTM yang kurasa sungguh menenangkan, walaupun kereta agak banyak hari ini. Siap singgah beli sarapan, lagi. Namun begitu, saat aku menyentuh kad touch n go aku ke pengimbas di KTM Batu Caves dan bersedia untuk turun ke platform, aku mendapati mesej "...penalti..." tertera di pengimbas. Ok, biasanya memang aku tak tengok skrin pengimbas tu sangat sebab aku memang sentiasa yakin dan pasti kad aku ada kredit. Maka, apabila mesej seperti itu tertera, aku tahu apa yang berlaku. Aku terbawa-bawa kerianganku sehinggakan aku