Workout



Sebabkan selalu sangat tak dapat tidur, hari ini cuba mengaktifkan diri lebih sikit. Dah alang-alang malas balik rumah awal dan menghadap trafik serta orang ramai. Untungnya, aku memang simpan sepasang pakaian sukan di ofis. Just grab and go. Free aje pun kat gym di ofis ni.

Rekod hari ini:
1.6+ km berjalan kaki di treadmill dalam masa 25min. heart rate between 120-150bpm. lebih kurang lah. maaa, berhenti sebab tangan terhentak di wayar emergency yang menyebabkan mesin terhenti. haha. malas nak start all over again.

then, duk relax pusing² kaki kat mesin ala² berbasikal, tak tahu apa namanya... yang tu for another 10minutes or so, jarak sejauh 1km+

Disebabkan lunch tadi lepas makan lupa nak makan ubat kalsium yang doktor bagi, maka impaknya sampai sekarang kaki kebas², walaupun dah telan kalsium + alphacalcidol sejam yang lepas, sejurus selepas habis exercise tadi.

Sekarang pula mata rasanya mengalami kesan berbalik berbanding apa yang diidamkan. mata dan badan kini lebih segar... Let's see bila jumpa katil macam mana.

k, sekian laporan hari ini.

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan kanser tiroid

Pusing-pusing Klinik Pakar Hospital Selayang (beserta Panduan dan Tips)

Tips persediaan ke HKL untuk kemasukan wad Radio iodin